Friday, March 3, 2017

Tangan Cik Pulau Melecur

Hari demi hari

Lebih kurang sebulan yang lepas. Masa tu cuti Thaipusam. 9 februari. Berlaku benda ni. Tangan cik pulau melecur. Kena air panas yang baru mendidih uols. Fuhhh.. Berair mata masa kena tu. Tangan terketar-ketar sakit weh. Entah macam mana. Tercuai. Tertumpah atas tangan. Masa mula2 kena lalukan air dari paip pada tangan. Tapi macam tak jadi. Amik minyak tyt. Sapu. Makin teruk. Then rendam lagi dalam semangkuk air. Pun tak tahan. Amek ubat gigi sapu. Okey.. Macam da okey sikit. Malam tu, sapu pulak aloe vera. Pure dari pokok. Huhhh.. Bangun pagi tengok lain macam. Macam nak naik gelembung air.


Kulit yang keras dah tercabut.

Esoknya pergi farmasi. Then beli lah burn ointment. Namanya MEBO kalau tak silap. Fuhhh.. Yang gelembung tu makin kecut.  Kulit jadi makin mengeras. Then esoknya tu, kulit tercabut sendiri. Pastu mulalah nampak kulit putih/pink. Huhh.. Seram. Terasa kulit makin menipis kat situ. Dah mula risau kalau nanti berparut.  Macam2 sapu. Dermatix. Kulit pisang. Huhhh.. Tangan kanan tu weh.. Canne nak sarung cincin nanti weh. Takkan la berparut..😭😭😭


Pakai inai. Gigih tumbuk daun inai.

Maa cakap, nak kurangkan nampak parut tu. Boleh cuba letak inai. Gigih la cik pulau ni tumbuk inai uols. Tapi sengal.. Orang sapu kat tempat parut tu je. Tapi cik pulau gi sapu kat tepi tu. Dahh makin nampak dengan jelas la. Start daripada aritu. Makin ramai yang tegur. Tangan kenapa. Huhuhu...


Getting better

Dan .. Hari demi hari. Tangan dah makin baik.. Parut tu mungkin akan amek masa berbulan-bulan nak hilang. Takpelah. Cik pulau redha. InsyaAllah sempat hilang. Hihihi..

Kesian kan cik pulau. Ujian dari Allah. Peringatan kepada hambaNya yang semakin terleka dengan kehidupan duniawi. Bila Allah tarik nikmat sihat, terasa macam betapa kita perlu bersyukur dengan nikmat sihat. . 😊

Doakan tangan cik pulau makin sembuh yer. Dan yang paling penting. Takde parut. Heee..

P/s: salam jumaat yang penuh barakah. 😍


0 Pengomen Setia:

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget