Wednesday, March 1, 2017

Cik Pulau is back..

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? heee.. Lama kan cik pulau menyepi. Bertahun rasanya. Terlalu banyak yang berlaku. Peristiwa suka dan duka. Semua ada. Warna warni kehidupan orang kata. Tapi takpe, semua tu mematangkan hidup kita. Guess what. cik pulau sekarang ni dah makin gemok. OMG!!!! Agak stress sebenarnya bila setiap kali orang cakap kita makin gemok, makin berisi, makin mengembang dan seangkatan dengannya. Tapi walaupun stress, cik pulau taktau macam mana nak kurus dan kekalkan berat badan sama macam dulu-dulu... huwarghhhh.. Dah try buat yang orang-orang share di fb. Tapi ofcoz la hangat-hangat taik ayam je kan. Amalkan jela dalam seminggu, pastu ko diam senyap seribu bahasa. hahaha..

cik pulau is back. Yer.. entah kenapa, malam ni tetiba rajin bulak mengadap blog chenta hati ni. dan tangan pulak laju je berlari di atas keyboard ni. Adakah semua ini akan berterusan atau sekadar hangat-hangat taik ayam... sama-sama kita nantikan kemudian. Dah takde idea nak bagitau apa, oh ye.. cik pulau still lagi berkhidmat di bumi johor. Entah bila boleh pindah, Asyik tak dapat je. Tahun ni tak mohon egtukar. Makan hati. huuu.. cuba lagi nasib tahun depan. Kot la nak ada rezeki tahun depan kan.. mana tau.. :p

Okey la dulu, sampai sini je. InsyaAllah. Akan menyusul lagi entri cik pulau lepas ni.. Tolong doakan cik pulau agar dapat kurus yer. Banyak dah baju cik pulau yang tak muat. Ni semua salah baju tau. Makin mengecil. hHAHAHAHA.. tak sedar diri punya orang.. 

p/s: moga bahagia sokmo.. :)
Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget