Sunday, March 22, 2015

Alhamdulillah... Bertunang akhirnya.

Kalau dah musim cuti sekolah. Memang takkan lari dengan majlis kenduri kahwin. Sana sini majlis. Pendek kata makan gulai kawah je ari-ari. Tu pendek yang kata, panjang kata taktau lah macam mana kan. Hihihi.

Di kesempatan ini, cik pulau ingin mengucapkan tahniah buat kazen cik pulau, Hafiz yang telah bertunang semalam (21/3/2015) dengan pilihan hatinya,Ayuni di Tanah Merah. Alhamdulillah.. Anak sulong bagi keluarga ayah su (Mat Hasan yang merupakan anak bongsu bagi legasi haji daud) bertunang akhirnya. Wahh. Tak lama lagi dapat menantu lah ayah su. Menantu sulong. Hehehe.

Tahniah. Semoga kekal ke jinjang pelamin dan dipermudahkana segala urusan hendaknya. Aamiin.. Orang kata tempoh pertunangan ni tempoh yang sangat kritikal. Banyak ujian yang hadir. Moga lebih bertolak ansur dan saling menyayangi antara satu sama lain.

0 Pengomen Setia:

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget