Saturday, July 19, 2014

Ramadhan Kian Pergi. Jangan Sia-siakanya Lagi.

Assalamualaikum....

Rindukan cik pulau? Tak rindu pun takpe. Sebab cik pulau just nak cakap cik pulau rindukan uols. rindukan dunia maya. Cik pulau berazam nak kembali story mory dalam dunia maya ni. Rindu sangatt.. Moga impian cik pulau tercapai. Doakan ye,.

Kesempatan ni. Cik pulau nak ucapkan salam ramadhan yang ke 21. Sedar atau tidak, Ramadhan dah hampir penghujung. Ramadhan kian pergi. Entah kenapa, tahun ni macam lain. Berhajat nak menggunakan sepenuhnya bulan yang penuh barakah ni. Tak macam sebelum ni, kalau time uzur, tak rasa pape. Tapi sekarang, rasa macam ya Allah ruginya rasa. Rugi sangatt.. Tapi rasanya ,lagi rugi kalau kita membiarkan malam-malam terakhir ramadhan berlalu begitu sahaja.

Kita tak tau apa akan berlaku kemudian hari, Entah umur kita ni panjang lagi ke tak untuk bertemu ramadhan yang akan datang. Ya Allah, panjangkanlah umur aku supaya aku sempat bertemu ramadhan yang seterusnya.

Mood raya?? Langsung takde. Sebenarnya, mood balik kampung lagi hebat berbanding mood raya. Mungkin faktor usia. Huhuhu... Korang setuju tak? Faktor usia salah satu sebab nape kita dah tak seronok nak beraya? hehehe..


p/s:1.  Jangan sia-siakan alam-malam terakhir ramadhan ini.
     2. Sentiasa berdoa semoga kebahagiaan dan ketenangan menjadi milik kita.
     3. Walau dimana awak berada. Moga sentiasa di bawah rahmat Allah.




0 Pengomen Setia:

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget