Sunday, April 20, 2014

Masalah

Assalamualaikum.. Dah kekok lak rasa nak menaip. Nak story mory. Maklumlah, dah lama kan tak menghupdate blog. Guess what?? ni entry pertama untuk tahun 2014 okeyyyyy.. meletooppp uolss... Tak sangka, cepatnya masa berlalu. Dah hampir 2 tahun rupanya menjadi seorang guru. Dah hampir 2 tahun mengajar di SSTMI, johor, dah hampir 2 tahun jugak melayan kerenah insan yang bergelar pelajar.

Jujur, banyak dugaan dan cabaran. Menjadi pendidik bukannya mudah. Apatah dunia yang semakin mencabar sekarang ni. Banyak pendekatan yang perlu digunakan. Banyak lagi benda yang cik pulau kena belajar. Pengalaman adalah guru terbaik kita.

Masalah?? Tipu kalau kita cakap takde masalah dalam dunia ni. Manusia normal adalah manusia yang mempunyai masalah. Orang yang takde masalah tu lah sebenarnya yang bermasalah. Bergantung kepada kita bagaimana kita menghadapi masalah itu sendiri, mencari penyelesaian. Jadi guru? Terlalu banyak masalah yang timbul. Tapi just take it easy. Tenang. Bersabar. Berdoa. Mintak petunjuk dari Allah, InsyaAllah. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.

Kenapa cik pulau sebuk duk bercerita pasal masalah ni? Nampak sangat yang cik pulau sekarang ada masalah kan. Masalah jiwa.. hahaha.. okey.. ini tak lawak.. Masalah cik pulau sekarang, cik pulau rindukan kampung halaman. Rindukan pulau terchenta. and yang paling utama. Rindukan family kat kampong... Lambatnya nak cuti bulan 5.. uhhukkk..




1 Pengomen Setia:

Anonymous said... [Reply to comment]

Hehe....lama x singgah blog ni...cheer up linie....ko kn gagah ;)

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget