Friday, April 26, 2013

Sebab Mengapa Rezeki Susah Nak Masuk..

Pernah terbaca dalam satu post dekat facebook.. Dah lupa daripada mana tapi pernah copy and print dan tampal di tempat cik pulau menyiapkan kerja. maksudnya  ruangan bekerja cik pulau.. Sekarang ni menjadi tatapan setiap masa agarnya ianya menjadi ingatan buat diri sendiri dan insyaAllah lepas ni untuk kamu semua juga..

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK...


  • Gemar mengungkit-ungkit pemberian.
  • Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.
  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
  • Riak bila bersedekah
  • Banyak berbuat maksiat/ kemungkaran
  • Tidak/ kurang beristighfar
  • Tidak bersyukur/ banyak mengeluh

Jujur cik pulau cakap yang banyak benda-benda di atas yang selalu cik pulau buat terutamanya asyik mencanang duit tidak cukup sebab bayar itu ini. Kesudahannya, rezeki tu sendiri "lari" daripada kita. Banyak mengeluh dalam beberapa hal teruatamanya apabila mengalami tekanan perasaan dengan bebanan kerja yang sangat banyak dan pada masa tu juga, orang sekeliling dirasakan macam tidak menyukai kita.

Tapi satu benda je yang cik pulau amal sekarang ni. Kita buat apa yang Allah suka. Selagi benda yang kita buat tu tidak melanggar hukum Allah. teruskan. Pedulikan apa mulut-mulut atau cakap-cakap-cakap orang sekeliling. Yang penting, kita tak kacau hidup diorang walaupun kita tau yang kita tetap dikacau walaupun tidak mengganggu hidup mereka.

Sebab apa? sebab kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Cukuplah sekadar kita tahu, Allah ada disisi kita dan Allah snetiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Pertolongan Allah datang dalam keadaan yang tak pernah-pernah kita sangka pun.. Kan??

Semoga lepas ni, kita elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara di atas agar rezeki kita dipermudahkan dan diberkati Allah swt...InsyaAllah..

p/s: Maaf. Dah lama tak buat sesi blogwalking.. 

0 Pengomen Setia:

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget