Wednesday, March 6, 2013

TAHNIAH Team HOKI SSTMI.. You Guys memang Awesome !!

Lama tak hupdate kan.. Biasalah busy teramat plus kemalasan melanda.. Terlalu banyak yang nak story sampai satu tahap taktau nak story yang mana satu.. Tapi ada satu yang nak sangat-sangat story kat sini.. Kalau sesape yang ada facebook cik pulau, mungkin akan tau yang cik pulau ada update pasal kejohanan liga hoki remaja malaysia.. 

Final kejohanan ni pada 3/3/2013 (Ahad) lepas di Stadium Hoki Nasional Bukit jalil. Punya eksaited kami semua ni, kitorang hantar 4 buah bas penyokong.. Dan kebetulan pulak budak ragbi yang ada game kat UPM terus ke bukit jalil tuk menyokong team kami menjadikan kesemua penyokong SSTMI 6 bas.. Rasa macam dah angkut satu sekolah kot.. Hahaha.. Dan dikatakan, tahun ni adalah yang paling ramai penyokong... Wewiitt... Ada nampak tak cik pulau kat astro ARENA.. siap buat peace lg.. hahaha.. *tipu je.. cik pulau berada di celahan penyokong.. paham-pahamlah saiz cik pulau ni camne kan .. lalala~*


Yang bestnya, sekolah cik pulau hantar dua team iaitu SSTMI Thunderbolts and SSTMI Jr.. Yang lagi bestnya... Kedua-dua team menunjukkan performance yang sangat bagus bila SSTMI Thunderbolts menjadi juara Piala Milo menewaskan UNIKL dengan skor 1-0.. manakala SSTMI Jr mendapat tempat ke 4 apabila ditewaskan oleh MBI Anderson dengan skor 2-3.. Alhamdulillah.. Happy sangat.. Walaupun team junior dapat tempat ke 4.. takpe. cuba lagi next time.. cikgu tetap support korang semua.

Team SSTMI Thunderbolts selepas tamat permainan.. Juara Piala Milo 

Team Junior. Mereka semua students cik pulau.. Sila abaikan ketinggian cikgunya ya..Hahahha 

Bersama the best keeper...


Selepas game habis je.. Kitorang terus gerak balik ke Bandar Penawar. Pukul 5 pagi camtu sampai di sekolah. Dan padahnya semua mengalami simptom kemengantukan di dalam kelas tak kiralah students mahupun cikgunya.. Hahaha.. Papepun, i'm so happy..  Guys.. Uols really awesome.. 

p/s : Ada yang rindu cik pulau tak? 

2 Pengomen Setia:

aDisH.sHidA said... [Reply to comment]

tahniah utk hoki sstmi...

ushya gak mana tau nampak kelibat cikgu depa yang kiut miut itu..hehe

Hafizin Jamil said... [Reply to comment]

ore tok main doh hoki lonih..patut la bulih mene..hahaha

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget