Sunday, March 10, 2013

Kisah aku dan Setiausaha

Selamat berhujung minggu.. Maybe hari ni tak keluar gi memana kot.. Al maklumlah, keje tersangatlah belambak.. Sampaikan tak cukup kaki tangan nak buat ni.. Tapi Alhamdulillah, soalan exam dah siap  buat. Besok dah boleh fotostat and edarkan...

Sebelum ni cik pulau janji nak story pasal setiausaha kan... Haa. Mehh nak habaq hang.. Awal-awal dulu, cik pulau diberi mandat untuk jadi SU peperiksaan dalaman. So cik pulau orang yang bertanggungjawab untuk uruskan SAPS (Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah ).. Kemudian, cik pulau dilantik juga menjadi penolong SU perpustakaan... Tak cukup dengan tu, dalam mesyuarat panitia matematik, dilantik lagi menjadi SU panitia matematik.. 

Ingatkan dah cukup sampai situ la kan.. Rupa-rupanya tak.. Dilantik lagi menjadi SU Kelab Keluarga SSTMI.. Dah cukup 4 kan? Ingatkan da takde la kan.. TAPI.. Baru-baru ni, dilantik lagi menjadi SU Kejohanan SepakTakraw SportExcel 2013..  

Tugasan datang bertubi-tubi. Boleh dikatakan seminggu tu berderet meeting.. nak kena sediakan minit.. Bentuk jawatankuasa kecil-kecilan.. Tu tak termasuk lagi tugas-tugas lain lagi. Tugas yang hakiki sebagai guru. Sediakan bahan mengajar, buku rekod, tanda buku students, dengan PBS nya. Ya Allah. Sangat tak larat. Sampaikan cik pulau pernah mengeluh sebab rasa macam diri ni nak demam.

Tapi cik pulau sentiasa ingatkan diri. Ikhlaskan hati dan sentiasa mohon diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Walau apapun, cik pulau sentiasa dapat support dari keluarga tersayang. cik pulau pernah cakap kat Mom cik pulau, "agaknya diorang akan bagi tugas SU selagi tak tengok kite pengsan kot " Huhuhu...

Sebenarnya terpikir, kat atas dahi cik pulau ni ada cop SETIAUSAHA ke?? sebabnya sume jawatan SU nak bagi. Ingatkan masa belajar kat UKM dulu je "gila" jawatan ni. Setiap kali program pape, jawatan SU mesti muka yang sama. Sampaikan muka dah nampak macam surat. minit mesyuarat and all those thing. huhuu

Papepun, doakan cik pulau dipermudahkan segalanya. Sentiasa jaga kesihatan diri... Dan mampu laksanakan segala amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh rasa ikhlas.InsyaAllah, diberkati Allah.. 

p/s: taknak membebel daa.. Nak siapkan modul matematik form 3.. Daaa~


2 Pengomen Setia:

nini said... [Reply to comment]

selamat menyiapkan modul yeah...

sarah mohamad said... [Reply to comment]

saborrrrr cik pulau. anggap je amanah dan buat dengan ikhlas je. hehehe maybe ada hikmah di sebalik hectic life tuuu. chaiyokkkkkk cik pulauuuu! hehehehe

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget