Tuesday, December 25, 2012

Lama Menyepi.. Kemana?

Malam ni tetibe tergerak hati untuk menaip setelah sekian lama menyepi.. Rasa macam kekok plak.. Nape makin malas nak hupdate belog semenjak dua menjak ni.. Rasanya boleh bilang dengan jari berapa kali je cik pulau hupdate dalam cuti ni.. Hurmm..

Tapi kan.. Ada satu komen yang membuatkan cik pulau tersenyum, tak sangka ada yang perasan ketiadaan cik pulau dalam dunia maya ni.. Sape yang perasan tu?? Haaa.. Ni dia.. Deno.. Deno tanya cik pulau ke mana sebab lama cik pulau menyepi..


Deno.. Cik pulau ada je kat rumah ni menghabiskan sisa-sisa cuti yang masih berbaki ni... Cik pulau jarang sangat bukak blog sebab cik pulau tau, once cik pulau duk hadap blog, tak pandai nak sekejap.. Mesti lama giler2.. Pastu mulalah sume keje tak jalannn.... Masa cutilah ni masa cik pulau bersama family, so cuba sedaya mungkin bersama mereka. Nanti bila dah g bertugas, dah terpaksa menahan rindu di dada.. Lepas ni, inshaAllah cik pulau akan kembali seperti sedia kala. Meluangkan masa bersama blog chenta hati ... hupdate about my life, my work and my students as well.. dan tak lupa jugak bw sampai lebam.. hehehe..



p/s: Rindu nak singgah blog korang sume.. 

p/s : Terpaksa postponed balik ke Johor esok disebabkan air makin naik dan meneghalang perjalanan kami ke sana.. 

5 Pengomen Setia:

deno said... [Reply to comment]

oh... deno risau juga mana tahu cik pulau tak sihat ke apa... terima kasih ya cik pulau kerana sudi luang waktu update blog untuk jawab pertanyaan deno.. selamat beristirehat ya cik pulau ya... :)

ahsfantasy24 said... [Reply to comment]

moga selamat semuanya,
hati2, banjir :)

Walid Ali said... [Reply to comment]

tinggal jejak di sini lepas membaca baca :D

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said... [Reply to comment]

lama x menjenguk cik pulau :)

lady scooter said... [Reply to comment]

banjir ke? kat mana tu?

http://skuterlady.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget