Friday, December 28, 2012

Ayuh Kembali ke Sekolah...

currently at Bandar Penawar, Johor.. Meneruskan misi sebagai seorang pendidik.. Walaupun jauh meninggalkan keluarga, tapi tanggungjawab mesti diteruskan. Kerjaya harus dikejar. Tiada yang mudah dalam setiap urusan pekerjaan. Setiap antara kita ada masalah tersendiri. Nak berjaya bukannya senang..Tapi tak mustahil untuk berjaya tu.

Tapi tengahari ni bukan nak membebel pasal masalah, cuma nak bercerita tentang tugas-tugas yang bakal menjadi hidangan cik pulau sepanjang tahun depan. Teringat kata Zizan.. "Bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu." Ayuhhh kembali ke sekolahh !!!

Semalam dapat tugas untuk tahun depan. Dilantik menjadi 

#SU peperiksaan (SAPS)
#Penolong SU pengurusan PSS
#Guru Tingkatan 4 Olimpik
#Pembantu warden asrama
#Penolong pengurus Pelancongan Koperasi sekolah
#Guru penasihat KRS platun 3
#Guru penasihat Kelab bimbingan dan kaunseling
#Guru penasihat kelab lawan pedang
#Guru penasihat rumah sukan komanwel
#Jawatankuasa Perkhemahan badan Beruniform,kelab dan persatuan
dan of coz cikgu math untuk tingkatan 2,3 dan 4...

Ni yang termaktub dalam buku pengurusan.. Tak termasuk lagi segala kerja-kerja tersirat tu.. Jadi cikgu bukan hanya tau mengajar je.. Banyak lagi kerja. Dah tu.. Bila students fail subject yang kita ajar..DIorang akan tanya. Macam mana budak ni boleh fail? Awak buat apa? Apa perancangan seterusnya untuk masa-masa kan datang? Time tu memang mampu tersenyum jelah.. Yelahh.. cikgu baru kan. Tahun ni kena ajar lagi budak PMR.. PMR kali 2 orang budak cik pulau fail.. Sorang tu memang tak masuk kelas langsung, dan sorang lagi cik pulau rasa cik pulau  yang gagal mendidik dia. Sob3.. Banyak lagi yang cik pulau kena belajar. 

Ya Allah.. bantulah aku dalam mendidik anak muridku.. Kurniakan aku kesabaran dalam mendidik mereka. Jadikan aku seorang yang penyayang.. Jadikan aku seorang yang ikhlas dalam mendidik mereka. Berikan aku kekuatan dalam mendidik anak bangsa ke jalan yang Engkau redhai.. Sesungguhnya Engkaulah satu-satunya tempat aku memohon segala pertolongan.. Aminn,...



6 Pengomen Setia:

Tuan Twisties said... [Reply to comment]

memang mencabar la jadik cikgu. hai cikgu! :))

Novelgurl said... [Reply to comment]

Good luck cikgu! Alhamdulillah..bnyk pahala cikgu dpt ^_^ InsyaAllah.

TiranaAduka said... [Reply to comment]

salam cikgu
Rasanya ke buat persiapan awal kan.bz tu..

Terima kasih sudi singgah tempat tirana aduka

luqman zakaria said... [Reply to comment]

fuh! byk nye...yg bace nih pon dah rase penat..haha

Ain Dzaya said... [Reply to comment]

waaa...banyaknya jawapatan tahun nie..selamat bertugas :)

deno said... [Reply to comment]

tugas cikgu memang sangat mencabar... insyaallah semoga segala urusan berjalan lancar... amiin... :)

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget