Monday, October 8, 2012

Ujian Mematangkan Kita.

Dugaan membuat kita menjadi semakin tabah. Ujian akan mematangkan kita.. Sakit itu sendiri pun sebab Allah dah janji akan menghapuskan sebahagian dosa kita yang kecil. Jadi mengapa kita mengeluh setiap kali sakit mendatang. Ujian tu datang sebab Allah masih sayangkan kita, DIA nak sedarkan kita andai kita terlupa. Datangnya ujian tu, Allah nak bagi kita peringatan supaya tidak lagi terleka dalam dunia yang fana ni.

Jadi beringatlah, bersyukurlah setiap kali ujian mendatang. Sebab Allah sentiasa ada bersama kita.. Rugilah seseorang manusia itu andai dia tak sedar kenapa Allah turunkan ujian itu.Tak sedar yang Allah sebenarnya bagi kita peringatan untuk hambaNya kembali ke jalanNya. 

Lagi rugi sekiranya kita hilang tempat bergantung. Sedangkan kita memang tahu, perkara pertama yang dihisab di akhirat kelak adalah solat, solat tu tiang agama, apa akan jadi jika sebuah rumah tanpa tiang. Kadang-kadang kita anggap benda ni semua adalah remeh, tapi percaya atau tidak, itulah punca segala-galanya amalan kita, Baik buruk perangai kita cuba tanya diri kita, adakah solat kita cukup 5 waktu sehari. kalau dah cukup, Alhamdulillah.. Tambahkan lagi dengan solat-solat sunat. 

Tapi andai sebaliknya, berusahalah perbaiki diri agar suatu hari nanti kita takkan menyesal. Solat mampu mendidik hati kita untuk lebih menerima kelemahan diri.. Selangkah kita menuju kepada Allah, seribu langkah Allah bersama kita. Jadi, sentiasa persiapkan diri sebab kita sendiri taktau sampai bila kita akan menikmati di atas dunia yang sementara ni. Sama-samalah kita muhasabahkan diri. Renung-renungkan dan selamat beramal... 


p/s : cik pulau??? Is that you?? Hurmmm..  Cik pulau makin matang ke?? 
p/s : Maaf andai ada tersalah kata,
terguris jiwa raga. 
khilaf dalam berbicara
kerana aku manusia biasa..


2 Pengomen Setia:

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

xpe stu hari nnti matang tu pasti dtg

so xpelik kalu yu matang

Novelgurl said... [Reply to comment]

Alhamdulillah =)

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget