Thursday, October 4, 2012

Kirim Salam laaa... Duduk je kat sini 10 tahun dulu..

Alhamdulillah... Selesai sudah kursus induksi sistem saraan malaysia.. Semuanya dah selesai,, Dah selamat sampai ke bandar penawar pun,.. Harapannya satu je, lulus kursus ni dengan jayanya... Supaya cik pulau dapat sahkan jawatan dalam perkhidmatan awam ni.. Mudah-mudahan dipermudah segalanya... Aminn..

3 hari 2 malam.. Banyak input yang dapat. Banyak kenangan yang diperolehi.. Dan banyak kisah yang kelakar bahkan takkan dapat dilupakan sampai bila-bila.. Biarlah ianya menjadi rahsia cik pulau untuk dikenang.. 

Kat mana cik pulau berkursus? Kat Permaisuri MITC Hotel, Melaka.. Haa.. Kat sana cik pulau dengar ceramah je.. Mengantuk macam mana pun tapi tetap mantain tak tido. Cuma ada la terlelap sekali dua.. Tu pun berapa saat je pon.. hahaha... *ayat poyo seketika.*

Dan yang paling takleh blah, kenapalah cik pulau ni dilantik menjadi penghuluwati.. Tak pernah terfikir dek akal.. Seyesss... Hadoii.. Tapi bukan nak kata apa, Fasilitator En. Asrar Najib memang baik.. Dengan En. Bintang yang memang cool tuu.. Nampak macam serius,,tapi sekali senyum. Okeyy je.. Hahaha... 

Ayat diorang.. "Azlini.. Awak nak tukar balik kelantan?? " Dengan confidentnya jawab.. "Nakkkkkk.... " Then dengan confidentnya jugak diorang menjawab.. "Kirim salamm la.. Duduk je kat sini 10 tahun.. Paling kurang pun duduk la 5 tahun kat johor ni. Tak pun, awak carik jelah suami kat sini.. Bukannya takde calon kat sini.. Kat depan ni pun adaaa.. " Perhhh.. Naseb baek tak tersembur air sirap time tu.. kalau tak, memang bikin maluu wa cakap sama luuu.. Hahahaha...

Tapi yang pasti.. Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan.. Heee~
p/s : Minggu depan students cik pulau da PMR.. tapi matematik nya paper last sekali,.. 15hb.. Cuakk tetibaaa..


5 Pengomen Setia:

aDisH.sHidA said... [Reply to comment]

KECIAN NYA..XPE LA BERBAKTI DULU KAT NEGERI ORANG MUDA2 NIE..NANTI DAH SENIOR SKIT DAH BOLEH BALIK DOK KLTN...

Citarasa Rinduan said... [Reply to comment]

eh... mana boleh... kita lum jumpa lgggg

Novelgurl said... [Reply to comment]

jd perantau.best ap.hehe.Haha.calon kt dpn pun adaaa ekk.Hahaaa..good luck utk dak2 PMR sume ! good luck utk cikgu2nya sekali.Caiyok2.Be cool~

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

smbung master fulltime pindahla kelantan

lepakk.com said... [Reply to comment]

Wah ramai ye blogger ni penjawat awam...

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget