Saturday, October 13, 2012

Belajar Daripada Pengalaman

Debaran makin terasa.. Risau sangat-sangat.. Macam manalah students cik pulau nanti bila paper math isnin ni.. cik pulau dah taktau nak cakap camne.. Math paper last dengan KH.. Tapi sejujurnya, memang cik pulau takut sangat.. Takut andai kata soalam tu susah dan diorang tak mampu nak buat.. Apa agaknya perasaan cik pulau time tu? frust mungkin..

cik pulau dah cuba bagi yang terbaik. Harap segalanya dipermudahkan.. Kita cuma mampu berusaha bagi yang terbaik. Selebihnya terpulang kepada individu tu sendiri... Tapi sedikit sebanyak benda ni memberi kesan kepada diri kita sebagai seorang guru apatah lagi ini adalah tahun pertama mengajar. 

Cik pulau masih dalam proses belajar.. Pengalaman cik pulau masih kurang, sebab tu sebolehnya cik pulau berusaha nak kutip pengalaman sebanyak mungkin untuk masa-masa akan datang.. Kita belajar daripada pengalaman kan?? 

Kita selalu cakap.. Belajar daripada kesilapan. Tapi sebenarnya, itu tak betul.. Kalau kita belajar dari kesilapan, maknanya setiap kali kita akan buat kesilapan yang sama berulang-ulang kali.. Yang sebenarnya adalah, kita belajar daripada pengalaman. Pengalaman yang akan mengajar kita sesuatu perkara. Pengalaman juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. 

p/s : rindukan zaman belajar.. Zaman sekolah.. Zaman kanak-kanak.. Alam pekerjaan bukanlah seindah yang kita sangkakan.. Percayalah... Wahai adik-adik sekalian, nikmatilah masa belajar ini sebaik-baiknya..

4 Pengomen Setia:

luqman zakaria said... [Reply to comment]

for sure semua guru risau pasal students dorang kan..

deno said... [Reply to comment]

deno sgt rindukan zaman sekolah..... :')

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

Rindu giler zaman sek..huhu

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

ai plak rindu zaman keje

ehhh

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget