Thursday, September 27, 2012

Tersenyum Gembira.. Akan ku buktikannya..InsyaAllah

Ehem... Ehem.. Cik pulau kembali seketika.. Hehehe. Cik pulau sekarang memang sibuk teramat.. PMR dah dekat wehhh.. Setiap petang ada kelas tambahan.. Bukan setakat nak kejar, kalau boleh nak pecut terus.. Kalau boleh nak bagi soalan-soalan sampai diorang nak muntah.. Tapi, cik pulau kena pikir kemampuan diorang.. Dengan training sukannya lagi.. Nak cover subjek lain lagi.. Tapi nak taknak terpaksa juga..

Penat memang tak payah nak cakap.. Keluar pagi sekolah, terus stay untuk kelas petang tu sampailah ke petang. Maghrib tu baru nak terhegeh-hegeh balik rumah.. Kadang-kadang balik tu pikir nak tido je,.. Tapi sebenarnya kan, penat tu rasa berbaloi bila ada students yang akhirnya mula berminat nak belajar dan bersungguh-sungguh.. Kalo yang taknak tu memang takpayah cakap la.. Macam pahat dengan penukul pun ada..

Tersenyum gembira bila ada budak bagitau, "Cikgu...Saya rasa saya nak study daripada awal balik semula, Agak-agak sempat lagi tak cikgu? Saya rasa saya dah lupa semua yang saya belajar dari form 1.?" Waktu tu terus terkedu.. Taktau nak jawab apa.. Happy pun ada bila dia akhirnya sedar dan nak belajar.. Lepas tu, dia terus menghadap depan cik pulau dan buat soalan dengan tekunnya.. Gigih belek nota-nota and bersemangatnya menghafal formula.. 

Perasaan time tu memang taktau nak cakap apa.. Dalam hati cik pulau berkata, "aku akan fokus pada budak ni.. Dan akan beri perhatian sepenuhnya.. aku akan buat dia daripada tak lulus kepada lulus sekurang-kurangnya.. Kalau dapat lebih lagi tu dikira bonus.. ". Ni cabaran untuk cik pulau.. Nak tengok sejauh mana kemampuan cik pulau.. cik pulau tak target diorang sampai dapat A sebab cik pulau sedar sejauh mana kemampuan diorang. Cik pulau akan buktikan..

Semoga apa yang cik pulau lakukan ini diberkati oleh Allah.. dan insyaAllah.. kenikmatan dab kepuasan menjadi seorang guru tu akan cik pulau rasa lepas ni.. Mudah-mudahan ya Allah.. Ya Allah.. Permudahkanlah urusan cikgu lini ini dalam mendidik pelajar-pelajarnya..

Dia ibarat bunga yang tengah berkembang mekar.. Diharap mekarnya ia hingga ke mercu kejayaan... 

3 Pengomen Setia:

Novelgurl said... [Reply to comment]

Semoga dipermudhkn urusan cik pulau.aamiin Ya Allah..nie y rse cm nk lebih hrgai cikgu nie..hehehe..

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

ermmm bagusla cmtu

rase puas kan kalo ade ank murid y bersungguh

ct kektus said... [Reply to comment]

cik pulau boleh ! mudah-mudahan. ;D

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget