Thursday, July 12, 2012

Pengalaman Pertama... Ehemm !!!

Alhamdulillah.. Selesai berkursus tadi... Kursus pengurusan mesyuarat berkualiti... Banyak ilmu yang dapat...  Nak kongsikan pengalaman pertama cik pulau hadiri kursus.. Majoriti yang pegi kursus tadi pencatat minit mesyuarat, tak pun setiausaha.. Dan kalau nak tau, cik pulau jekot cikgu baru.. Bukan setakat cikgu baru, cikgu baru posting lagiii.. Gaji pun tak dapat lagi.. Huhuhu..

Pagi tadi dapat call dari office, "cikgu Azlini, cikgu kena pergi kursus dekat Kolej Komuniti pagi ni kan? Shafiq, staf yang uruskan kewangan ni pun kena pergi jugak, azlini nak tumpang dia tak pergi sana?? " Huhh... Bagai pucuk dicita ulam mendatang, mestilah nak kan.. Dahla taktau nak pegi dengan apa.. "Kalau nak tumpang dia, datang pejabat sekolah sekarangtau".. Maka pergilah cik pulau ke sana dengan dia.. Orang kata, pertolongan Allah tu datang dalam keadaan yang kita tak sangka-sangka. 

Dalam berkursus tadi, ada praktikal untuk mencatat minit meyuarat.. Yang tak menahan, dalam kumpulan cik pulau yang kena jadi pencatat minit. Lagi tak menahan, cik pulau yang kena present minit yang cik pulau dah catat.. Hohoho.. Seyessly.. Perasaan sangatlah cuak tahap tak hengat.. 

Sebelum present, dah cakap awal-awal, "Assalamualaikum.. Pertama sekali saya nak minta maaf sebab saya memang budak baru belajar, ni first time saya datang kursus, saya memang taktau pape, tak pernah pun jadi pencatat minit, baru je beberapa bulan jadi cikgu. jadi minta maaf kalau ada banyak silap." Perhh.. Ayat takleh blah kan.. 

Tapi... Bukan nak kata apa, sume diam je duk fokus kat presentation, mentang-mentanglah cik pulau cakap orang baru kan, mesti nak cari salah cik pulau tu.. Tapi.. lepas je cik pulau cakap terima kasih, semua tepuk tangah.. wooo. Menggigil tangan cik pulau.. bila balik tempat duduk tu, Syafiq cakap."amboiii.. menggigil tangan, jangan koyak kertas tu dahla.. " Yang lain pulak cakap tahniah..Hurmm.. Memang nebesss kotttt.. Papepun, happy...^^,


p/s : Hati-hati dalam menulis apa sahaja dalam blog, kerana mungkin ada sesetengah orang yang akan gunakan apa yang kita tulis untuk menikam kita dari belakang.. Peace !!

5 Pengomen Setia:

deno said... [Reply to comment]

congrats cik pulau!!!! deno pun gugup kalau kena present.. hahaha

Ardini Humaira said... [Reply to comment]

waaa tahniah :D

p/s: betul3... memang ada yang memerhati blog

tamlegend said... [Reply to comment]

hehehe...sy pon ketar jugak kalo kena present...bukan takat tangan..kaki, lutut semua ketar lain mcm wooo...

Miss Anisah said... [Reply to comment]

Tertarik dgn p/s... Hati hati...

budak kecik said... [Reply to comment]

tahniah cik pulau ;)

mula2 je nebes, bila dh tgh present tu, bantai je la nk ckp ape pun. lps semua beres, alhamdulillah lega..

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget