Saturday, July 28, 2012

Merajuk?? Sabor jelahh..

Sebenarnya semalam eksaited je bila dapat tau yang barang yang cik pulau beli tu dah sampai... Tapi masalahnya diorang pi hantar kat opis.. Pelik bila dapat call dari opis..

Opis : Azlini.. Dekat pejabat ni ada orang datang nak hantar peti ais.. Awak ada beli peti ais ke?
cik pulau : Ha'ah. memang ada pun..
Opis : Sekarang ni diorang ada kat pejabat. Awak nak letak peti ais tu kat mana?
cik pulau : Kat rumah saya ni la.. 
Opis : Kat rumah yang kat asrama tu kan.. Bukan nak letak kat opis ni kan??
cik pulau : eh tak la.. Untuk rumah saya.. boleh tak suruh diorang hantar benda tu kat rumah saya ni..
Opis : Okeyy...

Lama cik pulau tunggu. Tapi tak sampai-sampai jugak.. Haihhh.. macam la jauh benor dari pejabat ke asrama tu.. Then cik pulau call balik opis.

cik pulau : Mana orang tu?? Tak ada pun ni..
Opis : Ehh.. Dia dah pergi tadi.. Saya dah suruh pegi dahh..
cik pulau : Takkan sesat kot..
Opis.: Sesat ke tak sesat, awak tunggu jelah. Nanti sampai la tu..

Tunggu punya tunggu.. Tak datang-datang gak. Then orang opis call lagi..

Opis : Azlini.. Orang tu dah merajuk.. Dia dah balik semula.. nanti dia datang balik isnin ni..
cik pulau : Hah?? !$^%$*^&%*^!*(&)(&)


Hadoiii.. Sabor jelah.. Boleh pulak dia balik.. Dah tu apa masalahnya nak balik.. hantar jelah kan... Hosmate cik pulau lak balik kampung.. Bil atas nama dia.. So orang tu pun memang contact dia.. Tapi seyesss cam kelakar giler.. Punah harapan nak masak semalam.. Dah siap beli barang kot.. Nasib baik lah tak beli ayam ke ikan bagai.. kalau tak.. Memang ke tong sampah la gamaknya sebab takde tempat nak simpan.. Grr... Terpaksa basuh pakai tangan lagi.. Sebab dah semestinya mesin basuh pun tak sampai-sampai jugak...

p/s : Rasa cam nak termuntah dah buat folio PPGB ni... Huhuhuhu


4 Pengomen Setia:

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

hahaha bole lak majuk

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

merajuk?xblh blah btul..hehe

tamlegend said... [Reply to comment]

jiwa halus kot org hantar peti ais tu...hahaha

Hanis MY said... [Reply to comment]

olohh ngaju la pulok huhu saba eh tgu senin ni...

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget