Monday, June 18, 2012

Bersabar dan Bersangka Baik..

Gambar SINI

Setiap kali kita mengalami kekecewaan, ataupun sesuatu yang berlaku tu bukan seperti yang kita harapkan, mesti kita akan berkata, "kenapalah semua ni berlaku pada kita. " "Kenapalah??" "Why???" Persoalan tu tak pernah lekang daripada mulut kita.. 

Kita sebenarnya lupa satu perkara, Kita manusia ni cuma mampu merancang, Allah yang menentukan.. Kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.. Bila orang kata, ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku, kita akan cakap, " Enko tak alaminya, enko tak rasanya, senanglah enko cakap. Cuba enko tu kat tempat aku. Mesti enko akan rasa sendiri betapa pedih dan sakitnya."

Tapi sebenarnya, satu benda lagi yang kita lupa,

"Allah tak beri apa yang kita mahu, tetapi Allah beri segala apa yang kita perlukan"

Allah tu kan Maha Mengetahui. Hanya Dia je yang tahu segala yang terbaik buat kita sedangkan kita tidak tahu. Daripada kita duk merungut, baiklah kita berfikir sejenak, muhasabah diri. Kenapa Allah berikan ujian ini. Mungkin Allah nak berikan aku yang lebih baik daripada ni. Ataupun mungkin aku ada terlalai sekejap dan Allah turunkan aku ujian ni supaya aku sentiasa ingatkan Dia.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sebab Allah tu tak kejam. Kalau kita tak dapat sekarang, mungkin kita akan dapat kat akhirat sana nanti. Dan percayalah, once kita dah sedar hikmah di sebalik setiap kejadian tu, kita mesti akan tersenyum dan berkata..

" Alhamdulillah..Syukur padaMu ya Allah.. Patutlah dulu bla bla bla... "

"Nasib baiklah aku tak bla bla bla...."

"Patutlah benda ni macam ni dan bukan macam tu bla bla bla.. " 

Pernah tak korang alami benda-benda yang macam ni?? If the answer is YES.. Bersyukurlah.. Allah masih sayangkan kita.. 

p/s : Langit tak selalunya cerah.. Kadang-kadang tu mendung jugakk.. Bila langit memuntahkan air ke bumi, kita merungut.. Kita tak sedar, Allah nak hadiahkan pelangi yang cantik buat kita.. 



5 Pengomen Setia:

sarah mohamad said... [Reply to comment]

Kadang - kadang ada jugak mempertikaikan kan, tetapi cepat2 bersyukur.

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

terima kasih seba saling ingat mengingati..

Adylia Qarissa said... [Reply to comment]

sentiasa ingat Allah..setiap yang berlaku bersebab dan berpunca :)

kay_are said... [Reply to comment]

selalu gak rase camni.. selalu gak r mengeluh pastu.. tapi last2 leh r time kalau something happen tu tak macam kite plan.. nak wat cane kan?

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

ye cm yu
dpt johor

ade hkmah sume ni

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget