Thursday, May 10, 2012

Mungkin Minggu Depan kottt..

Lama menyepi setelah sekian lama.. Hahahaha.. Macam biasa, cik pulau busy teramat.. Konon je pun. Padahal berukbang kena sekat.. Dushhh!!! Sabor jelah.. Kena memujuk tukang sponser lagi neh suh bayarkan berukbang ni.. Hehehe.. Psstt. Ni cilop member punya berukbang. Lalala~

Harini supposenya dapat tau result posting.. Tapi macam biasalah, tak ada apa-apun sebenarnya. Semuanya khabar angin.  Tapi cik pulau percaya yang semuanya tu tak lama lagi. Mungkin minggu depan kotttt. atau mungkin minggu depan lagi sekali. Hurmmm... cik pulau dah bersedia semuanya... Dengan sebarang keputusan dan rezeki cik pulau..

Ke mana pun cik pulau ditempatkan, cik pulau redha  dan terima dengan hati yang terbuka. Kalau cik pulau dapat surat posting by next week, mungkin cik pulau akan ke sabah atau sarawak. Dan kalau cik pulau tak dapat surat tu minggu depan, means, Alhamdulillah.. Mungkin rezeki cik pulau kat semenanjung ni. Papepun, tetap berdoa kepada yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan..

Okey.. Nak siapkan Buku Rancangan Mengajar. Hari ni dah Khamis.. Nak kena hantar buku tu.. Khamis jugak menandakan yang cik pulau akan balik kampung. Yahoooo... Tapi esok petang kena datang sini balik sebab Pagi Sabtu ada LDP.. Ohh tidakk!!! 

p/s : Kali ni dah dengar minggu depan yang ke enam kata gaji nak masuk.. Tapi tak masuk-masuk jugak.. Sabar jelah... Makan jelah daun-daun kayu tu..


3 Pengomen Setia:

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

siannye

sbb tu kne menyimpan skit2

utk waktu2 genting gni

sissyira said... [Reply to comment]

salam

harap2 dpt semenanjung yea..

Kakzakie said... [Reply to comment]

Kakak baru nak tanya gaji yg tertunggak dah dapat belum? Kala udah dapat boleh beli BB baru - tapi sedih tak ada lagi ye...

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget