Sunday, May 13, 2012

Kasih Ibu Sampai Ke Syurga..

Selamat pagi.. Mulakan hari dengan senyuman dan berdoa supaya hari ini berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan olehNya.. Sebenarnya trauma abang posmen masih terasa lagi selagi tak tau keputusannya.. Huhuhu..

Hari ni 13 Mei 2012.. SELAMAT HARI IBU Mom... Tapi bila adanya hari ibu ni, tak bermakna hari-hari lain tu kita tak perlu nak raikan mereka. Sebenarnya, setiap hari adalah hari ibu. Kalau kita duk hitung air susu ibu yang mengalir dalam badan kita ni belum tentu kita dapat membalasnya dengan sambutan hari ibu ni..

Sebuah handbag tak mampu nak balas masa yang dia lalui untuk besarkan kita, Seketul emas belum tentu nak balas keringat yang dia keluarkan untuk mendidik kita, Sebuah banglo besar tak mampu nak gantikan kasih seorang ibu kepada anaknya. Kerana apa?? Kerana kasih ibu sampai ke syurga.

Ini kerana tiga perkara yang dibawa selepas mati adalah sedekah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.. Tanggungjawab kita sebagai anak takkan berakhir walaupun ibu bapa kita dah takde kat dunia ni.. Doakan kesejahteraan mereka di sana..

Bagi yang masih mempunyai ibubapa macam cik pulau ni, berusahalah sebaik mungkin untuk membahagiakan mereka sementara kita masih ada peluang ni... Jangan sampai satu tahap kita menyesal sebab hidup tak berbakti kepada orang tua, Pada masa tu, kita menangis air mata darah sekalipun, takkan dapat kembalikan ibu kita ke dunia ni semula. Nauzubillah..


Jadi.. Buat Maa dan semua ibu di seluruh dunia.. 
SELAMAT HARI IBU.... 
A song for you..


Maaa.!!! Kito saye ko ma !! Luv u.. 

p/s : Malam tadi berhempas pulas menampal tarikh baru pada kad jemputan.. T_T

9 Pengomen Setia:

sarah mohamad said... [Reply to comment]

Wahhh dah jadi .commm! Pehhh hehehe Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di dunia ini! :D

deno said... [Reply to comment]

selamat hari ibu untuk ibu di seluruh dunia.. kebetulan pula deno baru buat post ni :)

Myra Jay said... [Reply to comment]

Ibu adalah kesayangan kita semua dunia akhirat :)

msredcheesecake said... [Reply to comment]

Sayang mak, kena rajin tunjuk kita sayang dia...

Hanis MY said... [Reply to comment]

selamat hari ibu buat semua ibu2... kahwin abe CP ko? bagus nyo ado adik hak baik lagu nih...

kay_are said... [Reply to comment]

selamat ari ibu kat ibu2 yang ada kat seluruh dunia =)

budak penjara said... [Reply to comment]

sebut2 ma ni..sero nk make mee goreng ma mu la plak..hehe

sissyira said... [Reply to comment]

salam

semalam rmaai saya lihat anak-anak bawa mak pergi kedai emas beli gelang ada rantai ada..hadiah untuk mak barangkali..

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

sume post vid sme

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget