Friday, May 4, 2012

Cinta Seperti Ombak.. Manusia Seperti Pantai..


Akhirnya berjaya jugak habiskan novel HIKAYAT CINTA karya Ratu Bulan.. Seyess.. One word.. Citer ni memang awesome.. Tetap tak mengecewakan .. Sama macam Prince Charming.. Rasanya kalau baca kali kedua dan ketiga pun tetap takkan rasa bosan.. Sebab tu lebih suka memiliki novel sendiri daripada meminjam sebab bila-bila masa kita nak, kita boleh baca novel tu.. Even berulang-ulang kali.. Tak gitu?

Sama macam Prince Charming.. Masa mula-mula dulu baca prince charming ni dekat blog Ratu Bulan.. ~Segalanya tentang cinta dan bulan.~ Kemudian, cerita ni bersambung ke media cetak.. Bila tahu je Novel Prince Charming ni dah keluar, terus beli.. Memang tak rasa rugi pun beli.. Hehehe.

Kemudian, sekali lagi.. Follow cerita Hikayat Cinta ni kat blog Ratu Bulan.. Masa tu marathon kot sampaikan tak tido malam semata-mata nak tahu kisah Adam Alexander daripada awal.. Masa tu, cerita ni tak habis lagi.. Sanggup tunggu walaupun Ratu Bulan update cerita ni seminggu sekali, malah pernah kot sebulan sekali. Tapi still follow gak.. Semuanya demi Apy Elina dan Adam Alexander.. Seorang wataknya yang gila-gila. Sorang lagi lak wataknya yang keras hati.. Tapi dalam diam, satu perasaan hadir tanpa mereka sedari.

Follow punya follow.. Suatu hari, bukak blog novelratu tu, dia dah tulis bersambung ke Media cetak.. Lama jugak tunggu novel ni kat pasaran.. Bila dah keluar tu, apa tunggu lagi. Mestilah beli terus kan.. Salah satu kata hikayat dalam novel ni :
Cinta seperti ombak.. Manusia seperti pantai. Ke mana juga larinya manusia itu tetap akan disentuh oleh cinta. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda..

Tahniah buat Ratu Bulan sebab sekali lagi hasilkan novel yang tak mengecewakan.. Satu novel yang sangat santai dan tak berat untuk membacanya. Korang sume pun patut baca novel ni. Ahaksss.. Cik pulau jamin potong kuku, korang takkan rugi. Entah bila dapat hasilkan novel macam Ratu Bulan ni agaknya.. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.. Lalala~


p/s : Satu novel Ratu Bulan yang cik pulau tak dapat jumpa..Novel Aku dia dan Gitar.. Dari tahun lepas lagi cik pulau carik.. Tapi tak jumpa-jumpa kat mana-mana kedai buku. Kalau nak beli online  bolehh.. Tapi.~~~ hurmmm.. Kan best kalau ada orang bagi adiah novel tu kat cik pulau.. Hurmm.. 


4 Pengomen Setia:

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

pinjam yuuu

happy eim said... [Reply to comment]

okay..must read this novel.

kena cari nie...^^

aimie amalina said... [Reply to comment]

huwaaaaaaaaa
bila daku mulai mahu mmbaca novel semulaaa

huuuuuu

kay_are said... [Reply to comment]

aku leh je bace.. tapi ko kne tolong blanje belikan r .. boleh ? =P

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget