Monday, April 23, 2012

Mereka pelajar "special"...

Dalam kelas tingkatan 2. Kelas terkahir yang majoriti pelajarnya tak ada motivasi nak belajar... 

cikgu : Sape semayang subuh tadi??

pelajar : Saya semayang cikgu..

cikgu : Betul awak semayang?? 

pelajar : betul cikgu...

cikgu : Okey.. Awak semayang berapa rakaat??

pelajar : 4.. cikgu..

cikgu : Empat ????????????

pelajar : Eh tak cikgu... tak. dua rakaat..

cikgu : Aiman... (bukan nama sebenar).. cikgu pesan apa.. kalau awak menipu.. awak dapat satu dosa... Satu dosa bersamaan jugak dengan????

satu kelas : satu titik hitam...

cikgu : Okeyy.. Pandai... Satu dosa sama dengan satu titik hitam.. Awak nak tambah titik hitam kat hati awak lagi ke hari ni??

pelajar : taknak cikgu... 

cikgu : Habis tu???

pelajar : Okey cikgu.. Saya tipu tadi.. Saya tak semayang subuh tadi.. Zohor, Asar, Maghrib, Isya' semalam pun saya tak semayang..

cikgu : Kenapa???? Dah berapa banyak titik hitam yang awak buat...

pelajar : Taktau... *sambil tunduk*

Entah macam mana lah nak suruh budak-budak ni semua kenal Islam.. Sekarang ni, setiap kali sebelum habis kelas, kena bercerita. cik pulau gunakan pendekatan sentuhan hati la pulak. Kalau boleh bercerita pasal kisah-kisah yang boleh timbulkan keinsafan di hati diorang. Nampak gayanya, lepas ni cik pulau kena banyak baca buku bercerita dan buku sirah-sirah nabi lah.. Sebelum ni suka baca novel je.. hehehehe..

Yang paling heran kan.. Setiap kali kita bercerita, diorang boleh je dengar penuh perhatian, Tapi bila je suruh buat latihan and dengar kita mengajar kat depan, dia pun sibuk la nak mengajar kat belakang. Sebab tu lah, pelajar 'special' yang macam diorang ni kena selang selikan dengan akademik dan hiburan.. huhuhu.


p/s : I need my salary...... huwarghhhhhhhh...

3 Pengomen Setia:

NIZAM said... [Reply to comment]

budak2 kelas hujung [i mean skolah harian biasa la. kalo kelas hujung premier school lain la plak kan], bukan takpandai sebenarnya. cuma pendekatan nak ajar tu lain dan perlu motivasi lebih, cikgu kena paksa buat itu buat ini. ni pengalaman sy la yang takpandai n asek kena rotan ngn cikgu. haha.

Huda Ahsin said... [Reply to comment]

Suka sangat baca cara Cik Pulau ambik hati budak-budak ni... Semoga berjaya!

Amirah Adnan said... [Reply to comment]

bagus2..hehe..

i need my salary tooooo!

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget