Tuesday, April 24, 2012

Buat sesuatu kenalah fikir dulu...

Maaflah kalau ada yang bosan entry cik pulau sehari dua ni.. Asyik bercerita pasal students cik pulau je kan. Tapi tulah.. Itulah yang boleh dikongsi sekarang ni. Sebab tu lah dunia cik pulau sekarang. Dunia pendidikan.. Suka duka.. Tapi tulah warna warni kehidupan cik pulau sekarang..

Hari ni sebenarnya nak story pasal salah sorang students cik pulau. Dia dipanggil oleh guru disiplin. Cik pulau tak tau kenapa. Tapi, budak tu ada datang kat bilik guru jumpa cik pulau. Then masa tu lah cik pulau amek peluang nak tanya dia kenapa?

cikgu : Kenapa cikgu A panggil awak tadi??

Pelajar lelaki : Dia nak rotan saya cikgu.

cikgu : Kenapa dia nak rotan awak?

pelajar lelaki : Sebab saya kacau budak perempuan kelas ***..

cikgu : Awak kacau macam mana?

pelajar lelaki : *diam*

cikgu : Awak buat apa?? Awak pukul dia? Awak raba dia? ke awak cium dia?

pelajar lelaki : Saya malu nak citer cikgu.

cikgu : Buat apa awak malu.. Awak tahu kan awak boleh cerita kat saya kan. cepat cerita, nanti saya bagi awak gula-gula.

pelajar lelaki : Saya raba dia..

cikgu : Awak raba dia? Dia tu cantik sangat ke?

pelajar lelaki : *geleng*

cikgu : Dah tu kenapa awak raba dia? Awak ada kakak?? Apa awak rasa kalau orang raba kakak awak??

pelajar lelaki : Mestilah saya marah.

cikgu : Kalau orang raba mak awak?

pelajar lelaki : Lagilah saya marah cikgu..

cikgu : Haa.. Samalah jugak... Macam tu jugak lah perasaan orang lain. Kalau awak taknak benda ni jadi dekat mak dan kakak awak. Masa awak raba dia, awak tak pikir ke sume ni??

pelajar lelaki : Saya taknak buat lagi dah lepas ni cikgu. 

cikgu : Betul? Awak janji tak nak buat lagi?

pelajar lelaki : Betul cikgu.

cikgu : Lepas ni, kalau nak buat sesuatu tu,pikir dulu baik buruknya. Pikir dulu akibatnya. 

pelajar lelaki : *angguk lagi*

cikgu : Nah, amek gula-gula ni..

pelajar lelaki : Terima kasih cikgu.. *budak tu pun pergi*

Macam ni lah kalau dah nama budak nakal. Ada je benda yang dia buat yang melanggar disiplin. Diorang tak pikir pun baik buruk benda yang dia buat tu. Tapi bila kita suruh dia berpikir, barulah dia tahu apa yang dia buat tu salah. Kadang-kadang diorang ni saja je kan nak perhatian kita. Saja je carik masalah supaya cikgu ni sedar akan kewujudan dia. Saje nak buat kita sakit hati supaya kita ni pedulikan dia.. 

Kalau tegur dengan cara marah tak jalan, terpaksalah guna cara guru penyayang. Harapnya terkesan la kat hati diorang. Kalau dia tak ponteng masa matematik tu pun dah kira okey. Kalau diorang nak buat kerja yang kita suruh, lagi lah Alhamdulillah.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk mendidik mereka.. InsyaAllah.. Aminn...

gambar ehsan pakcik google..

p/s : Jom layan Cinta Buat Emelda... Hehehehe

4 Pengomen Setia:

woot said... [Reply to comment]

sekolah rendah eh ? kalau sek men tampor terus..wahahha

sem said... [Reply to comment]

Lini!!!
Happy for u
:)

Anonymous said... [Reply to comment]

Lini...
Happy for u
:)

Sem

lieynanilaz said... [Reply to comment]

baguslah cikgu...nasib baik anak murid tu mendengar kata..

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget