Friday, March 23, 2012

Terus Terang Itu Lebih Baik...

Terus terang tu lebih baik dari berselindung dan menipu.. Memang kekadang kita perlu jugak untuk menipu demi nak jaga hati orang lain.. Tipu sunat orang kata.. Tapi ada ke istilah tu sebenarnya.. Bagi cik pulau, terus terang tu lagi baik... Daripada berpura-pura untuk sesuatu yang kekadang boleh merosakkan sesuatu hubungan..

Contoh kalau kita tak berkenan dengan seseorang based on diorang punya sikap.. Kita sepatutnya buat tak tau and let it be je kan benda tu... Kita juga boleh berterus terang yang kita tak suka atas sebab tertentu. Rasanya tak perlu lah kita nak buat baik depan orang tu, tapi belakang kita duk kutuk macam-macam.. Entah benda apa kita tak kata. Yang paling tak menahan bila kita cuba pengaruhi orang lain supaya membenci satu pihak lain.. Hurmm.. Rasa-rasanya patut ke macam tu??

Sebenarnya, daripada percakapan, pertuturan, dan perbuatan kita, kita boleh tahu orang tu suka ke tak suka pada kita. Bukan nak kata nujum ke hape, tapi kadang-kadang pengalaman mengajar erti kehidupan. Kita tak selalunya berada di pihak yang benar, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk ke arah yang benar. Tak gitu??

Lagi contoh, Jangan buat orang lain menaruh harapan pada kita andai kita tahu yang kita tak mampu dan tak boleh.. Sebab tu terus terang di sini amatlah perlu.. Jangan sesekali mempermainkan perasaan orang lain kerana kelak hati kita yang akan dipermainkan.. What you give, you'll get back.. Dan kita kena ingat, You will never die untill you make the same mistake.. Kalau tak kena kat kita pun, anak cucu kita nanti.. Setuju??

What
p/s : Akan cuba menyambung karya yang tertangguh sekian lama. huarghhhhh...

6 Pengomen Setia:

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

ai xreti terus trg

ayuorked said... [Reply to comment]

betull tue cik pulau.. heee hyeeee :) lame tak melawat.. sihat?

ZYASH said... [Reply to comment]

berkatalah benar walaupun pahit...betul tak cik pulak kita??

Kakzakie said... [Reply to comment]

Pada kakaklah kena tengok situasi juga CP. Ada kisah anak luar nikah (perempuan)yg bercinta sewaktu di IPT. Setelah bertunang si lelaki dapat tahu gadis itu anak tak sah taraf (akibat berterus terang) akibatnya si ibu lelaki minta diputuskan walau si lelaki dpt menerimanya.

Kakak kesihan sebab budak perempuan ini dari kecik selalu kena dera sibapa kerana katanya bapanya menikah dgn siibu sebagai pak sanggup itu yg dia menderita dari kecik hingga nak mendirikan rumahtangga pun masih diuji lagi. Kesian kan....

Wanzi said... [Reply to comment]

suka pada orang yang beterus terang...

mas saari said... [Reply to comment]

terus terang tu mengelakkan orang syak wasangka pada kita..

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget