Monday, March 19, 2012

Ragam Si Cilik..

Tengok pada tajuk.. Mesti tertanya-tanya kan.. Si cilik mana la yang cik pulau maksudkan ni.. Ada program realiti terbaru ke?? Hahaha. Sangatlah takde kaitan pun.. Si cilik yang cik pulau maksudkan adalah anak buah cik pulau si Mardhiah ni..  Nape ngan budak kecik neh???


Benda ni berlaku masa cuti sekolah ritu. Dia ada kat umah.. Nak dijadikan cerita, ada la suatu malam ni. cik pulau tengah solat hajat kat bilik solat la kan.. Dia pun masuk la dalam bilik tu. Masa tu cik pulau tengah sujud... Biasalah kan kalau kita solat hajat kan.. Mesti la sujud tu lagi lama dari biasa kan..

Dia masuk duk sebelah cik pulau. Dia duk intaiiii je cik pulau. Pastu duk panggil-panggil.. Takkan la cik pulau nak jawab kan.. Pastu dia tak puas hati, dia tolak-tolak badan cik pulau.. Kononnya nak kejutkan cik pulau la. Dah tengah solat, takkan la cik pulau nak jawab kan..

Pastu dia keluar bilik, dia pi panggil anak buah cik pulau yang sorang lagi, Alya, sepupu dia lah.. Dia pun cakap..

"Kak Aya.. Cik Ni tido.. Tak bangun-bangun..." pastu dia duk tolak lagi badan cik pulau. cik pulau buat dekkk je.. Dalam hati nak tergelak pun ada.. Potong stim betol la budak berdua ni.. Nasib baik la tak bantai gelak je masa dia duk tolak-tolak badan cik pulau tu..

Lepas je dia keluar tu.. Tak lama lepas tu, dia masuk intai lagi. Masa tu cik pulau dah tak sujud lagi da.. Pastu dia terus larik keluar.. Hadoiii.. Macam-macam betol la budak-budak ni kan.. Korang pernah alami tak???? Hehehe



5 Pengomen Setia:

eyryn said... [Reply to comment]

haha ! comelnye dye..
ryn tak pernah pulakk kene mcam tue..
nasib kuat iman kan ?
kalau tak .... haha

azam said... [Reply to comment]

comelnya......suka gegirl

Hafizin Jamil said... [Reply to comment]

haha..banyak sangat hajat cik pulau tu..hahaha

Hanis MY said... [Reply to comment]

oloh kiutnyo la haha...
jolo ko komen HJ tuh? hehe...

mas saari said... [Reply to comment]

dulu masa anak akak kecik2 selalu lah camtu...heheheee

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget