Wednesday, March 21, 2012

Awak??!!!! Kakak??!!!! CIKGU??

Okey.. Harini seharian suntuk lagi berada di padang sebagai urusetia cenderamata untuk kejohanan olahraga MSSD Bachok..Penat teramat.. Banyak insiden yang berlaku harini.. Macam-macam orang kata. Nak tergelak, nak menangis, nak me'letopp'.. Macam-macam... Tapi yang paling tak leh blah, satu insiden yang memang buat cik pulau terserlah lagi dengan kegarangannya.. Huhuhu..

Macam biasa, tugas-tugas bahagian cenderamata ni adalah uruskan sijil dan medal, pastikan semuanya cukup dan mengikut susunan, mencari para pemenang dan pastikan mereka ada masa majlis penyampaian hadiah., kena link dengan juruhebah agar takde kecelaruan semasa mengumumkan pemenang. 

Nampak macam senang, tapi agak susah sebenarnya. Tambah-tambah lagi part nak arahkan budak nak suruh beratur ikut turutan.. Mentang-mentanglah cik pulau ni kecik.. Dia buat main-main je.. 5Pastu buat dek je bila cik pulau suruh..Geramm seghooo...

-Selepas di translate -

cik pulau : Okey.. Untur acara 200M lari berpagar 18L, Semua pemenang beratur kat sini.. *Semua buat taktau je...Pastu dengan suara lantang dan tegas.* Cepat sikit boleh tak??? Tak payah la nak main-main. Kalau awak panas, saya pun panas gak... 

Budak lelaki : Garangnya awak..

cik pulau : Awak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Budak lelaki : Eh kak...

cik pulau : Kak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Budak lelaki : Eh.. cikgu.. Cikgu...

cik pulau pandang je.. Langsung tak senyum dah.. Budak tu???? Terus diam... Senyap.. Terkedu seribu bahasa.. Tunduk je diaa.. Malu lettew... Salah tempat adik oiii nak buat main-main.. 

Dahla kita pun tengah panas duk tengah-tengah padang. Dia buat main lak kat kita. Tau lah cik pulau ni kecik dari dia. Dia ingat bila cik pulau kecik je, dia boleh buat cik pulau ni macam apa.. Suka-suka dia je... Cik pulau boleh jadi peramah, cik pulau boleh jadi garang, cik pulau boleh kelakar.. Cuma kena pada tempatnya... Bukan sesenang hati sesedap oren semanis kurma seenak puding karamel je nak layan cik pulau macam budak kecik.. cik pulau taulah cik pulau ni awek muda.. Hahahha...

To Be So Young




7 Pengomen Setia:

NadiRah said... [Reply to comment]

td ade budak pnggil nad akak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! haisshh...huhuhu

luqman zakaria said... [Reply to comment]

aish~ tershashul~

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

Hehe..betul la kakak!!hehe..akk pnh jaga mssd gombak..ada budak thun 6 pggl akk..kakak..nk tergelak gak..dia ingat kita bkn cikgu kot..huhu

Amirah Adnan said... [Reply to comment]

cikgu kecik, keno laaa nge budok2.. hehehe..

mas saari said... [Reply to comment]

mesti budak tu ingat cik pulau ni murid sekolah... hehehee

maklumlah kecil molek je!

msredcheesecake said... [Reply to comment]

Tu laa... Cikgunye kecik molek je ..... Beranila diorg memain...hhee

Cikgu ni garang ke sebenarnya?

Anonymous said... [Reply to comment]

x baik garang2 nih....kena kt yg lemah smngat stahun 9 bln terasa sedihnye..huhu

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget