Wednesday, February 15, 2012

Sumpahan Yang Belum Tertunai..

Tak tenang rasanya hidup ni selagi ada benda yang tak settle ni. Rasa macam tidur tak lena.. Makan tak kenyang. Mandi tak basah.. Kan.. Sume tu kita akan rasa selagi ada benda yang tertangguh dan tak terlaksana.. 

Begitu jugak lah dengan cik pulau ni... Asyik tak tenang je.. Selagi sumpahan tu tak dibuat.. Memang macam ni lah gayanya.. Macam ayam berak kapur je.. Buat itu tak kena.. Ini tak kena.. Alahai.... Sumpahan apa?? Dah macam zaman pak kaduk lak kena sumpah bagai. hahaha..

Nak masuk kerja kerajaan ni bukan senang.. Nak kena angkat sumpah okeyh.. Hishhh.. Nak kena jumpa persuruhjaya sumpah.. Tapi masalahnya, sekolah tamat kul 2 petang.. Nak rush dari Bachok ke KB ni mungkin tak sempat sebab esok kan hari Khamis.. Office bukak sampai 3.30 petang je, Nak kena g KWSP lagi ni.. Haihh,..

Plan esok nak mintak balik awal.. So boleh lah abah jemput awal sikit and boleh settlekan urusan menyumpah dan KWSP tu. Tapiiiiiii.... Hari ni tiba-tiba pulak pengetua badmood... Ayoyoyo.. Boleh ke tak ni??? Cuak ler pulak.. Seyess weehh.. Orang tengah badmood.. Mesti lah apa pun tak boleh kan.. Help me. Macam mana ni?? Selagi tak selesai semua ni. selagi tu lah cik pulau tak tenang.. Maaaa... Abahhh.... Oh pengetua yang baik hati, izinkanlah cik pulau balik awal esok.. Mudah-mudahan hatinya lembut dan izinkan cik pulau.. Aminnn..

mintak pakcik google je....

p/s: Rindu umah... Rindu maa.. Rindu abah... Rindu semuanya... Seriusss.....Hukhukhuk..

8 Pengomen Setia:

H.J said... [Reply to comment]

kenyit mato skit ko pengetua tu..haha

azam said... [Reply to comment]

:) hehehe....kwsp kena lengkap semua baru cepat

emy|farid said... [Reply to comment]

hehe
punya tak tng kan? tkpe, jap g cool la pengetua tu

Sunah Sakura said... [Reply to comment]

awat dia badmood? err...dia pompuan ke laki..kalo pompuan, mesti datang bulan tu... #eh

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

Sis..menjawab soalan sis...yup..akk smbg belajar lg..hehe

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

aiyo yu dok jauh ke?

ai br nk terjah entry wakaka

mas saari said... [Reply to comment]

moga dipermudahkan segalanya!

Подтверждаю (fadzli) said... [Reply to comment]

as salam..
ni dah selesai ke belum?

:p

ok~ biar pakcik sumpah pengetua jadi goodmood.

lini pulak, pakcik sumpah terus ada kat depan pejabat sesumpah

:p

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget