Monday, February 6, 2012

Senyum tu kan sedekah....

Semua orang pun tau kot.. Sedekah yang paling mudah adalah senyum.. Bila-bila masa. Kat mana-mana, kita boleh senyum.. Sebab apa.. Sebab senyum tu kan sedekah.. Tak ada isu kot kalau kita suka orang tu kita senyum and kalau tak suka orang tu kita tunjuk muka yang masam macam makan cuka 2 3 botol .. Tak gitu??

Kekadang.. Cik pulau sendiri pelik.. Pelik dengan tanggapan sesetengah pihak ni.. Sebabkan kita ni suka senyum, dah mula kata kita ni suka and syok kat orang tu..Eh tolong la.. Kalau macam tu la, agaknya berapa ramai la manusia yang cik pulau syok kat dunia ni. hahahaa. Tak paham betol la.. Sape kenal cik pulau memang akan tau yang cik pulau suka ketawa.. Senyum tu pun yer jugak... Kan? kan??  Lalala~

Jadi cikgu ni kena tahan dengan sikap students. Dalam kelas, ada banyak jenis ragam students. Tak kira lagi satu sekolah. Memang boleh buat cikgu dia ni pening tahap tak hengat.. Nak jadi cikgu ni kena kreatif. Tapi kadang-kadang kita ni bukannya kreatip sangat pun..

Lagi satu. Jadi cikgu ni jugak kita kena pandai bermain dengan psikologi.. Macam mana kita nak handle students yang jenis bermasalah.. Student yang tak tau nak bezakan kanan dan kiri.. Tak tau nak bezakan bersih dan kotor. Tapi dia  ni boleh dikatakan pandai la jugak.. Yang pasti, kena sabar nak uruskan budak yang macam ni.. Nasib baik la sorang je yang macam ni, kalau ramai agaknya cikgu dia ni resign kot.. Tapi yang paling penting.. Senyummmmmmmmmmm... Hahahaha...

You are beautiful


p/s : Maaf sesangat tak dapat nak balas jejak korang.. Busy sesangat.. Dengan  sekolahnya. Dengan  ulang-alik ke hospital melawat akaknya.. Huhuhu.. 



4 Pengomen Setia:

H.J said... [Reply to comment]

nak senyum memanjang je dengan cik pulau

emy|farid said... [Reply to comment]

psiko habisssss..... harus ye cik pulau, lagi2 nak handle budak besar, budak kecik senang lagi kan kan

budak penjara said... [Reply to comment]

ye la kan cikgu..msti la bz..huhu

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

Sy nk syum sokmo

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget