Sunday, February 12, 2012

Daku Malu Teramat...

Okey.. Nak citer kisah yang paling memalukan di abad ini.. Huhuhu.. Ni sebenarnya sambungan daripada kisah sebelum ni... Nak tau boleh rujuk ENTRI INI..

Dah sampai kat sekolah tu, terus masuk carik pejabat. Then jumpa lah sorang cikgu lelaki kat tangga..



Cik Pulau : Nak tanya,, Pejabat kat mana?

Cikgu L : Kat sebelah sana. Ada apa?
Cik pulau : Saya nak lapor diri guru interim.
Cikgu L : Ooo.. Meh ikut saya..

Dia pun bawak la masuk pejabat.. Jumpa dengan kerani.. PKP.. Bincang apa yang patut.. Itu ini.. Tanya mana yang boleh tanya kan.. Yelah.. Kita kan baru, diorang pulak excited nak tanya macam-macam. Tambah pulak kat sekolah tu memang memerlukan cikgu math.. *Heran kenapa cakap cikgu math dah berlebihan sedangkan kat sekolah ni sangat memerlukan cikgu math.. Heran bin ajaib.. *

Cik pulau : Pengetua kat sini lelaki ke perempuan?
Cikgu L : Ohh.. lelaki..
Cik Pulau : Oo.. Yang keluar tadi ke? Yang naik kereta warna putih?
Cikgu L. : Kereta apa?
Cik pulau : Entah.. tak perasan. tapi kaler putih la.
Cikgu L : ooo...

Kemudian tanya CC (chief clerk).. 

Cik Pulau : Boleh tak kalau saya nak mintak excuse untuk hari sabtu ni? Banyak lagi benda saya nak kena setle ni..
CC : yang tu awak kena tanya pengetua.
Cik pulau : Mana pengetua?
CC : Tu yang baru keluar tu.
cik pulau : Hah??? $^%&&)(*)*)(#@()

Cikgu L tu lah pengetua. Bayangkan lah cik pulau pi tanya pengetua tu lelaki ke perempuan sedangkan orang yang cik pulau tanya tu lah pengetua. Demnn.. Malu giler.. Hari ni jumpa pengetua.. Malu teramat.. Seyesss wehh.. Maluuu gilerrr... Kan??? kan?? Kan???

Shy
p/s : Dukacita.. Kat sekolah ni takde wifi... Streamyx pun takde coverage.. Nasib baik la ada berukbang maxis ni.. Boleh la orang cakap kalau nak blogging tu.. Huhuhu.. First day dah sakit tekak...lalala~

13 Pengomen Setia:

mas saari said... [Reply to comment]

memang malu gila ni...dahlah first day kan? mesti pengetua tu senyum2 je tengok cik pulau!

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

bestnye da kje

bgs2

pengetua lelaki hahaha

lawak

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

bestnye da kje

bgs2

pengetua lelaki hahaha

lawak

lieynanilaz said... [Reply to comment]

wakakakaa....adehs cik pulau..
dahlah itu adalah pengetua boleh kamu kata yg naik keta putih tu pengetua..haha.

biela bell said... [Reply to comment]

HAHAHAHHA...siyes maluu..kompem!

Cheq Sue said... [Reply to comment]

sebagai cikgu yang dah 9 tahun berkhidmat... ha ha ha...cheq sue gelak jahat kat CP. 1st year keje dulu pun ada kes jugak dengan pengetua, bila diingat balik rasa nak terguling2 je..

Anisa Hang Tuah said... [Reply to comment]

aik..pelik tade wifi,stremyx...grrr

Fendy said... [Reply to comment]

pakai topeng je lepas u...haha

H.J said... [Reply to comment]

haha..cool gila pengetua tu

KuNanGKuNanG said... [Reply to comment]

salam kenal dan follow blog ni..

edeh, kalau sy pun dah termalu sgt2...huhu

Amirah Adnan said... [Reply to comment]

hahahahaha! padey muko ;p

bestnye kijo doh.. jeless!

Hanis MY said... [Reply to comment]

low profile nyo pengetuo tu... macey baik jah dio...

NadiRah said... [Reply to comment]

erkk..
hihihi..
tp xpelah...
skurang2nya pengetua tu mst dah cam betul muke cikgu baru..
hiihihih.. ^^

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget