Thursday, February 23, 2012

Cikgu... Saya Nak Minta Maaf..

cikgu : Siapa yang tak siap kerja sekolah, berdiri sekarang..

4 orang pelajar berdiri.. Muka yang sama setiap kali..

cikgu : Kita nak buat apa dengan budak 4 orang ni..

kelas : Suruh jalan itik cikgu..  Berdiri kat luar cikgu.. Jemur kat padang cikgu.. Suruh je dia terjun bangunan cikgu.

cikgu : Okeylah. Saya nak kamu jalan itik. 2 round okey.Tak payah kat luar kelas. Dalam kelas ni pun dah cukup.

Maka.. Berjalanlah itik bebudak 4 orang tadi.. Kelas kemudian berjalan seperti biasa. Namun, semuanya hanyalah sementara. Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya panas di siang hari. Tiba-tiba sorang budak perempuan bersuara.

Perempuan : cikgu.. cikgu.. Dia cakap something kat cikgu. *sambil tunjuk kat budak lelaki belakangnya*

cikgu : Dia cakap apa?

Perempuan : Dia cakap cikgu bodoh.

Lelaki : Tak cikgu. Saya tak cakap pun.

cikgu : *Bangun dari meja.. Dengan nada yang tinggi.* Awak rasa, kalau saya bodoh.. Saya ada kat depan ni ke??? 

Kelas : Takkkkkkk..

cikgu : Terima kasih la pada sape yang cakap saya bodoh tu. Terima kasih sangat-sangat. Mak saya pesan, kalau orang cakap macam tu kat kita. Kita kena cakap Alhamdulillah.. terima kasih... Assalamualaikum....*terus keluar kelas dengan perasaan yang penuh sebak.*

kelas : cikgu nak g mana cikgu?

cikgu terus berlalu pergi tanpa mempedulikan pelajarnya. Tapi tak lama selepas tu. Dalam bilik guru. Budak perempuan tadi datang, 

perempuan : cikgu.. saya nak minta maaf pasal tadi. 

cikgu : Kenapa? Awak salah ke?

perempuan : Ya.. Saya salah.. saya minta maaf cikgu. Cikgu maafkan saya tak?? 

cikgu : Ya.. saya maafkan.

perempuan : terima kasih cikgu. cikgu mengajar kelas saya lagi tak?

cikgu : Menagajarlah. Kenapa?

perempuan : Tak ada apa. terima kasih cikgu.

Budak perempuan tu pun keluar. Tapi.. tak lama lepas tu.. Budak lelaki pulak yang datang.

lelaki : Cikgu... *diam*.. saya nak minta maaf.

cikgu : Kenapa awak nak minta maaf.

Lelaki : Pasal tadi. Saya bukan cakap kat cikgu bodoh tu. Saya cakap kat member saya yang lain. Saya minta maaf cikgu. Cikgu maaf tak?

cikgu : Yaa. Saya maafkan..

Lelaki : Terima kasih cikgu.



Nak tergelak pun ada bila kenang balik. Merajuk dengan students. Tapi bila fikir balik, ada baiknya juga buat macam tu. Biar dia tahu yang cikgu ni pun ada hati dan perasaan. Sekurang-kurangnya dia bertindak dengan betul datang minta maaf bila dia tahu dia salah. Supaya lain kali, dia tak berani nak buat lagi.. Biar dia tahu yang benda-benda macam ni bukan hal yang main-main. Semua ni untuk mendidik dia agar menghormati guru.

p/s : Next week dah boleh pindah masuk kuaters...^^

9 Pengomen Setia:

Citarasa Rinduan said... [Reply to comment]

gitulah dugaannya dik

tapi.. pelajar kamu dengar kata juga., tak nakal mcm pelajar bandar.

PS: tak sabar nak tungfu berita kamu ke kuates sekolah

♥ MS ♥ said... [Reply to comment]

kalau cikgu merajuk, comel tau. hihihih. best tak jadi cikgu? hehe

bokbonputeh said... [Reply to comment]

Minta puji budak2 ni CP...kalau MR BB budak2 buat mcm nie jawabnya kasut naik kat kepala lah...memang 1st masuk kelas kena sound awal2..."Biar low profile, jangan low class"

tamlegend said... [Reply to comment]

wah...kuat merajuk rupanya...

Miss Butterfly said... [Reply to comment]

jd cikgu byk dugaan kan? tp tringin nk jd cikgu.


bile fikir2 balik, xtau la layak jd ckgu ke x sbb time skolah dlu, jd guru muda pon malu2. hahah

fuad ansari said... [Reply to comment]

tiba2 saya teringat dekat cikgu praktikal kami dulu.. budak2 ni punya perangai, sampai cikgu tu gagal dalam assessment oleh cikgu penilai.. aduyai, satu kelas rasa bersalah..

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

ai penah rase

tp dak2 tu xreti pon mntak maaf

mas saari said... [Reply to comment]

bagus gak buat camtu, biar pelajar tu sedar sikit kesalahan dia...

PReDicToR said... [Reply to comment]

klantangnya trbukti!!!

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget