Friday, February 10, 2012

Alhamdulillah... Syukur Ya Allah...

Alhamdulillah.. Syukur... Rasanya itulah perkataan yang paling sesuai diucapkan sekarang ni.. Perancangan Allah memang yang terbaik.. Memang kita yang rancang. Tapi Allah yang tentukan.. Dan sebaik-sebaik perancang tu kan Allah swt..

Petang Rabu. Waktu tu tengah ajar students subjek komputer. Then, dapat call dari JPN Kelantan suruh gi amek memo guru interim esoknya pukul 8.30 pagi.. Terkesima seketika. Masa tu dah 4.30ptg. Prof pulak dah keluar. Macam mana nak apply cuti. Sebarang cuti cuma boleh diluluskan oleh Prof,(pengerusi aka pemilik sekolah tu). Terpaksa la mintak cuti by phone je. Alhamdulillah.. cuti lulus..

Pagi Khamis tu.. Terus g JPN.. Pepagi lagi dah sampai.. Kemudian datang yang lelain. Mula-mula Shamsul, pastu Marshila.. Dua-dua dari UPSI. Cik pulau sorang jek UKM. Semuanya 11 orang yang hadir. Lepas dengar taklimat, and dia bagi memo. Tengok kat surat tu.. Terduduk kejap. Nganga pun ada gak.. Hahaha.. SMK Kubang Telaga, Bachok. Makk aiiih. Kat mana ni. Awat tak pernah dengar pun. Shamsul dapat Gua Musang and Marshila dapat Kadok. Kitaorang terus kena gi lapor diri kat sekolah tu hari tu jugakkkk. 

Terus call abah.. Cakap kena g Bachok. Nasib baik lah abah ada. Abah yang bawak. Dengan motorsikal je. Maklumlah, kete takde.. Bot je ada.. Motorsikal tu pun nasib baek ada. Huhh.. Sejam lebih jugak ler nak mencarik sekolah. Maklumlah.. Makan buah "langsat:" kat sana.. SESAT okey..

Masa odw ke sana.. Macam duduk kat Kedah.. Padi sekelililng.. Nun jauh di hujung sana.. Huihh... Boleh tahan jauhnya.. Terpaksa call member tanya macam mana nak pegi, tanya orang kat situ lagi..Akhirnya, dapat la jugak jumpa.. Tengok pintu pagar sekolah.. SMK KUBANG TELAGA. Wahhh.. Ni lahh sekolah yang akan aku berkhidmat lepas ni.. Syukur sangatt. Cik pulau antara yang bernasib baik daripada 1058  graduan ISMP Kelantan untuk mengisi 75 orang guru interim ni. 

Okey dah.. cukup untuk hari ni. Penat nak menaip. Nanti cik pulau sambung kat entry lain apa yang berlaku kat sekolah tu and kat mana cik pulau akan tinggal nanti.. Papepun, thanks pada semua yang mendoakan kejayaan cik pulau. Terima kasih semua.. Moga segalanya dipermudahkan nanti..


Thank you cookies

p/s; Maaf sesangat.. Sehari dua ni memang tak sempat nak balas jejak korang. Si putih ni pun bukak kekadang je. InsyaAllah lepas ni bila dah reda semuanya. Cik pulau balas okey.. Daaaa~

6 Pengomen Setia:

fuad ansari said... [Reply to comment]

tahniah cikgu.... (",)

belajar kat ukm rupanya.. tak pernah jumpa pun.. (",)

hawiz said... [Reply to comment]

alhamdulillah..sampai jugak..tahniah!

Kakzakie said... [Reply to comment]

Nasib ada abah kalau tak entah sampai ke tidak ye...

azam said... [Reply to comment]

alhamdulillah......selamat berjaya ye

mas saari said... [Reply to comment]

tahniah, tumpang gembira utk cik pulau!

Cik Bambam said... [Reply to comment]

pasni nak boleh mengajar dah.. :P

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget