Friday, February 3, 2012

Alhamdulillah.. Anak buah baru lagi..^^

Alhamdulillah... Semuanya selamat... Syukur ya Allah.. Ibu dan anak kedua-dua selamat. Akak cik pulau selamat melahirkan anak pertamanya pagi semalam.. Baby boy.. 2/2/2012... Cantik tarikh ni.. Anak buah cik pulau yang kelima..^^

Walaupun akak melahirkan baby tak cukup bulan, tapi syukur padaMu ya Allah kedua-duanya selamat.. Akak terpaksa buat operation demi kesihatannya.. Baby boy lahir pagi semalam seberat 1.3 kg.. Baby boy sekarang terpaksa tinggal dalam inkubator sehingga suatu tahap yang dibenarkan kelak. Baby boy sekarang baru 7 bulan lebih.. 

Akak cik pulau masih dalam jagaan rapi pihak doktor. Kena tunggu akak betul-betul stabil baru boleh keluar dari labour room. Buat masa sekarang, cuma maa and abang ipar je yang boleh jumpa akak. Maybe arini akak dah boleh keluar. Mudah-mudahan.. 

Darah akak masih tinggi.. Air kencing akak masih kotor. Tambah pulak akak ada gastrik.. Maybe akak terpaksa kena tahan kat hospital lebih lama lagi. Tapi papepun, syukur Alhamdulillah semuanya selamat. 

cik pulau tak boleh nak tengok baby tu lagi. Ayahnya je yang dibenarkan. Abang ipar cakap, baby tu kecik sangat. Yelah.. Tak cukup bulan and beratnya pun 1.3 kg. cik pulau masih tak boleh nak bayang lagi ni. huhuhu..

Moga akak cik pulau terus tabah hadapi semua ujian ini. Allah tidak turunkan sesuatu ujian tu melainkan hambaNya mampu atasinya. Dan percayalah, pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian ni.. Ujian lah yang membuatkan kita jadi semakin kuat.. 

gambar kat google je.. mekaseh yer pakcik google..

p/s : Hari ni memang tak boleh nak balas jejak korang.. Kena settlekan rumah yang dah macam hape ni..  Petang nanti nak ke hospital lagi.. Huhuhu

5 Pengomen Setia:

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

Tahniah sis.. best erk dapat anak buahkan??

mas saari said... [Reply to comment]

moga akak dan anak buah cik pulau cepat sihat... amin!

Nazaihan said... [Reply to comment]

doa 2 byk la..cekal usaha pasrah segala nye..

Hanis MY said... [Reply to comment]

Insyaallah mitok2 berjln semo sapa baby sihat... Gano buleh lahir awa tu cp? Mujo duo duo slamat..l

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

tggu ank yu plak ni haha

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget