Sunday, January 29, 2012

Jangan nak duk mengata orang sangat..

Orang kata perempuan ni suka sangat mengumpat. Pantang berkumpul sikit, mesti duk mengata itu ini.. Kalau orang lain sume tak kena. Itu salah, ini salah. Perasan macam diri kita tu je yang betol. Tapi sebenarnya lelaki pun ada je kan yang suka mengumpat. Tapi kalau nak dibandingkan dengan perempuan tu, mungkin peratusnya berbeza.

Lelaki biasa kalau lepak dengan member biasanya sembang pasal motor lah, kereta lah, bola lah, and pape jelah lagi kan. Tapi.. Sekali kalau dengar diorang mengata pasal perempuan boleh tahan jugak. Kadang-kadang kita yang perempuan ni pun terasa aibnya. 

Tapi kan.. Bukan nak cakap pasal perempuan ke lelaki ni.. Cuma percaya atau tidak.. Apa yang kita duk asyik mengata kat orang tu, besar kemungkinan kita pun terkena tempiasnya. Kadang-kadang kan. Allah bayar cash je kat dunia ni. Kita duk sibuk mengata anak jiran kita ni suka sangat duk bawak anak dara orang ke hulu ke hilir.. Naik motosikal macam belangkas.

Tapi alik-alik.. Anak kita pun lebih kurang je. Sebab apa, sebab mulut kita yang duk mengata sangat kat orang.   Allah dah bayar cash kat kita di dunia. Kalau tak kena anak kita pun. Mungkin akan kena pada anak cucu kita nanti. Sebab tu, kalau nak berkata-kata kena fikirkan dulu. Keburukan orang jangan duk jaja merata.. Kita nak kejar pahala, bukan mengundang dosa. ^^

Adik cik pulau ada bagitau satu maksud hadis yang dia sendiri lupa dari mana tapi maksudnya lebih kurang camni....

"You will never die until you make the same mistake.."

Ya.. Manusia memang tak sempurna, tapi sekurang-kurangnya bila kita sedar sesuatu yang selama ni kita buat tu salah, kita ada inisiatif untuk berubah dan perbaiki diri. Masing-masing ingatkan diri sendiri yang Allah tu Maha Adil..

My Biggest Mistake

p/s : Tengah mencari follower ke 1000 untuk direview... lalalala~

5 Pengomen Setia:

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

Btol tu

eh ai unfolo dlu aci x haha

emy|farid said... [Reply to comment]

mmg takut sgt ngan mulut sndiri...... sbb mmg nanti berbalik ngn kita, kalau kita ngata org

ijA said... [Reply to comment]

betul..baru kita tersedar , bila mengata orang, diri kita bukan baik dari orang tu dan kita dapat balik apa yang kita kata..seperti kata pepatah inggeris..what u give , u get back..

sah2 bukan kita follower yang ke 1000..ehe...all the best yer cik pulau dapatkan follower yang ke 1000..

mas saari said... [Reply to comment]

sokong sokong!
nak jadi follower ke 1000 boleh tak? heheheeee

lieynanilaz said... [Reply to comment]

bila kita tuding jari ke arah orang...4 lagi tu menuding ke arah diri sendiri...huhu.

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget