Saturday, January 28, 2012

Hati-hati kalau nak berkawan..

Takut sangat kan.. Takut untuk rapat dengan seseorang yang mungkin akan disalah ertikan. Kadang-kadang kita baik macam biasa je. Sama macam dengan orang lain tanpa niat pape, tapi semua tu disalahertikan. Tambah-tambah lagi kalau orang yang kita rapat tu pasangan orang. Tak kesah la laki orang ke.. Tunang orang ke.. Boypren orang ke..

Padahal niat kita cuma berkawan.. Tapi.. Disalahertikan.. Sampai ada yang sanggup serang kita gara-gara kita baik dengan pasangan dia. Kadang-kadang cemburu ni bagus jugak.. Tu tandanya kita sayang. Tapi tak perlu la sampai benda simple pun nak cemburu sampai nak gaduh bagai. Yer dak..

Gara-gara cemburu, kita ni suka sangat nak check henpon pasangan kita. Sebab kurangnya percaya pada pasangan kita tu, duk selongkar segala mak nenek dalam enpon tu. Jumpa nombor pelik sikit, mula nak gaduh. Tarik muka masam la. Paling tak tahan. pi call orang tu.. Kata macam-macam.. Macam tak patut kan. Huhuhu..

Sebab tu lah jugak.. Kita ni kalau nak berkawan tu, kalau boleh elakkan diri terlibat dengan suami atau isteri orang, boypren atau girpren orang, tunang orang, dan segalanya yang memang milik orang lah.. Bukan apa. Untuk elakkan benda-benda macam tadi berlakulah. Haihh.. Tak senang duduk wehh kalau dah kena. Yer dak.

Cara paling selamat.. Hati-hati kalau nak berkawan. Kalau dah tau dia tu dah berpunya, baik jauhkan diri awal-awal sebelum kena serang dari pihak sebelah sana. Hehehe..

Be careful My Friends
p/s : Teringat dulu pernah dapat call dari isteri orang nak tanya kenapa suami dia call cik pulau tengah-tengah malam. Padahal yang tu cumalah salah paham. Bila pikir balik.. Huuuu~~ Serik..

10 Pengomen Setia:

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

hahaha susa jd org single ni kan

ai paham

slalu jd kt org skliling

kt ai xlg

xcomel kot nk jeles2

aimie amalina said... [Reply to comment]

huwaaaaa
serikkk jugak

tamo2
penah berpengalaman
kene maki sebb salah paham jugak

wuwuwuuwu

Citarasa Rinduan said... [Reply to comment]

yang pasti k,.ayu kawan kamu..
heheh

dik..
ngerinya kes suami orang tu..

Hanis MY said... [Reply to comment]

Uish bahayo deyh... Betul doh gapo hak cp oyak tuh...

Ana Aishah said... [Reply to comment]

herm. baru saje berlaku
aish. susah nye rasa

emy|farid said... [Reply to comment]

eeeee menakutkan la.... djauhkan. hmm

Woofer Storm said... [Reply to comment]

sekadar kawan takpe,tapi tak perlu terlebih batas sampai no tel pun nak amik..

nmpak sngt gatal.hehe.

lieynanilaz said... [Reply to comment]

susah kan menjadi single...kena pandai jaga diri dalam pergaulan..

Ain Dzaya said... [Reply to comment]

betul3..stuju sgt dengan cik pulau...sbg langkah keselamatan dalam berkawan...;)

http://aindzaya.blogspot.com/2012/01/rama-rama-sungguh-cantik.html

mari sama sama kita hayati :D

mas saari said... [Reply to comment]

fahami erti persahabatan tu, baru takde syak wasangka kan?

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget