Tuesday, January 31, 2012

Bersangka Baik dan Senyummmm...

Penat sebenarnya. Penat nak melayan kerenah manusia. Ada seribu macam jenis manusia. Dan kalau nak hitung agaknya memang tak terhitung. Kita kalau nak pikir pasal benda ni, memang boleh buat kita ni sakit otak. Sebab tu kadang-kadang tak payah nak pedulikan sangat dengan orang-orang macam ni.
Let it be..

Mungkin dalam sesetengah perkara kita kena jugak amek kisah. Tapi demi kesihatan sejagat, baik tak payah nak pedulikan. Tak dinafikan, pelbagai ragam ni lah yang menjadikan kehidupan manusia menjadi menarik. Warna warni kehidupan orang kata.. Tapi kadang-kadang mampu buat kita sesak nafas.

Sebab tu, kita kena sentiasa positifkan diri. Sentiasa bersangka baik. Even kita dengar keburukan seseorang dari mulut orang lain, kita jangan mudah dulu nak percaya sume ni. Sebab mungkin ada satu pihak lain yang ingin jatuhkan kita. Sebab apa? Sebab orang lain tak macam kita. Cara pemikiran diorang lain dengan kita. 

Apa yang penting. Kita kena berhati-hati. Sentiasa bersangka baik. Dan senyum dalam apa jua keadaan sekalipun.. Tapi mungkin dalam sebulan tu ada masa kita akan moody and tak mampu nak lemparkan senyum. Bagi perempuan jelah kan. Sebab special kes.. Hahaha.. Hurmm.. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk senyum.


p/s : Perlu bersabar untuk mendapatkan suatu kebahagiaan..^^

6 Pengomen Setia:

Hanis MY said... [Reply to comment]

Tu la betul tu cp, ore loni macey2...

P/s: cik abe kak sejuk ketar nok cuci so keto... Dio malah pahtu cuci kat cermin jah...

Ana Aishah said... [Reply to comment]

betul^^
terkadang kerana nk jge hati sendiri kita kene bersangka baik supaya semuanya baik-baik belaka..

smile ^^

H.J said... [Reply to comment]

senyum ye cik pulau... :)

emy|farid said... [Reply to comment]

lebih baik abaikan dri buatkan kta lebih sakit otak.

mas saari said... [Reply to comment]

betul tu! bersangka baiklah supaya tak timbulkan fitnah..

budak penjara said... [Reply to comment]

betul tu cikgu..salah 1 kebahagian umah tangga adalah bersabar..haha bila mu nk dirikan sebuah tangga nyo??

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget