Friday, December 2, 2011

Teguran bukan untuk menjatuhkan semangat..

Semua orang pun pernah buat silap.. Sebab apa.. Sebab kita bukannya nabi yang sifatnya maksum. Kita manusia memang tak sempurna. Tipu kalau ada orang cakap yang mereka tak pernah buat silap. Akan tetap ada silap yang dibuat sama ada besar mahupun kecil. Kerana kita adalah manusia biasa yang tak sempurna.

Bila kita buat silap. Akan ada insan yang prihatin yang akan tegur kita. Tegur akan kesilapan yang kita buat. Bila ada orang tegur, itu tandanya mereka masih sayangkan kita. Ambil berat akan kita. Sebab mereka nak kita tahu yang apa yang kita buat tu salah, dan perlu diperbetulkan.

Betul.. Nak tegur pun ada caranya. Kena penuh berhemah. Tapi kadang-kadang tak semua mampu gunakan kaedah ni. Bila nak tegur, maen "sembur" macam tu je. Niat mereka bukan untuk memaki hamun mahupun menjatuhkan semangat kita, tapi mereka cuma nak tegur. Sementara ianya belum terlambat. Agar kita tak menyesal di kemudian hari.

Jangan ambil negatif akan nasihat yang diberikan. Malah ambilnya sebagai benda positif. Supaya kita akan bangkit. Bangkit dan buktikan yang kata-kata mereka sebenarnya silap. Kalau kita gagal buktikan, maksudnya something wrong somewhere. Sesuatu perlu diperbetulkan. Kata mereka ada benarnya. Betol dak?? 

Teguran yang diberikan bukan untuk menjatuhkan lagi semangat kita. Tapi teguran tu sebagai pembakar semangat. Supaya kita tidak terus terleka. Terleka dengan sesuatu yang boleh mengganggu konsentrasi kita terhadap suatu benda yang lain yang ternyata lebih penting. Renung-renungkan..

gambar SINI.

p/s: Sorry if i did something wrong.. Didn't mean to make u more down.. Please understand what we want to tell u.. It doesn't mean we don't care about u.. 

9 Pengomen Setia:

mas saari said... [Reply to comment]

teguran yang membina tu sepatutnya kita terima dengan hati yang terbuka... untuk perbaiki kelemahan diri jugak!

Citarasa Rinduan said... [Reply to comment]

dik..
kak kan, suka orang menegur..
bukan apa..
maksudanya orang disekeliling kak sayang kak..

cik pulau pun sayang k,ayu kan???

Pocket said... [Reply to comment]

err..
pocket naktegur sikit la,
tp jangan la marah yer,
bukannak sakitkan ati kamu ker aper, just harap kita bersama buleh maju nanti.. camana yer..aaa
tp ... pocket raseee....
kamu niiiiii berbau sikit lah,
kena bebawak mandi sikit koot...


adalah ayat yang abih cermat yg buleh pocket tulih tp still... nyakitkan ati kalau dpt kat pocket hahaha:)

menegur orang memang niat kita baik.tp selalunya orang tak leh terima. pasal tu ramai orang yg biorr jer anak kak timah tu jadi bohsia balik malam jantan hantar.

pasal tegur kak timah pun, dimaki hamunnya kita balik kata tak pandai jaga mulut lah,

ohh dillema ini:(

Amirah Adnan said... [Reply to comment]

hmm betul tuh.. kne pandai gune care berdiplomasi kalo nak mnegur

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

yup.. ada org memang tak blh terima teguran sis.. biasa la.. org ego mana nak terima kesalahan dia

akak pun suami yg banyak tegur kalau2 ada apa2 yg salah akak buat.. at leastkan??

fRaMe+LenSeS said... [Reply to comment]

kkdg kan, nadh pn rasa nak kena kritik. sebab kalau tak nadh tak belajar pape. tapi tu aa. mental kena kuat. kang kena kritik down plak. hihihi

deen azmee said... [Reply to comment]

hurmmm.. niat hati baik nak menegur tapi disalah tafsir plak oleh org lain.. ats sbb mcm ni org jadi malas nak amik tau pasal org lain dah.. huhu~

apik pehe said... [Reply to comment]

teguran tu biar berpada

ahsfantasy24 said... [Reply to comment]

Asalkan kena caranya, tegurlah :)

1. Bila Gaduh, Kawan Juga Yang Dicari
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget