Friday, December 23, 2011

Nak Seribu Daya.. Tak Nak Seribu Dalih.

Plan hari ni nak g Mundok dengan akak, mom and makcik.. Tapi tiba-tiba hari ni ada keje lak. Terpaksalah cik pulau mengundurkan diri dari menjoinkan diri bersama diorang. Sedey kan.. Senornya, ada barang yang nak kena beli kat sana. Boleh je nak pesan. tapi lagi best kalau boleh pilih sendiri. Tapi apa nak buat, dahulukan mana yang lebih penting. kan..

Hari ni senornya nak cerita kemiskinan bukan penghalang. Petang semalam naik bot dengan sorang pak cik ni. Orang pulau sebelah. Taktaulah nape, tiba-tiba je dia cakap yang pandai my mom ni didik anak-anak. Semuanya jadi "orang". Dia cakap dia tak pandai jaga anak, sebab tu anak-anak dia semuanya tak sekolah tinggi, yang perempuan habis sekolah, terus je kawen. 

Bagi cik pulau, kemiskinan bukan penghalang. Maa dengan abah memang pentingkan pendidikan. Kitorang ni bukan orang kaya pun. Orang susah. Dah la hidup kat pulau kan. Kalau nak g memana memang kena naik bot. Ramai orang tanya, gi sekolah hari-hari pun memang naik bot ke? YES!! Memang naik bot. Pagi-pagi lagi dah bangun sebab perjalanan jauh kan. *konon la kan..* Tambahla lagi pengawas. Memang la kena sampai lagi awal dari bebudak lain.

Masa sekolah rendah, sempat la naik sampan yang pakai dayung tu. Everyday... Kalau musim tengkujuh tu, Subhanallah.. Dengan pakai baju hujan yang dari kepala sampai ke bawah tu. Pastu naik basikal.. Kadang-kadang tu, gi sekolah pakai selipar jepun dulu, kasut letak dalam beg. Sampai kat kelas baru tukar. Mana taknya, kalau tak buat camtu, kasut kitorang la yang paling "bersih" kat sekolah time tu.Huhuhu..

Dulu dalam keadaan susah macam mana pun tetap berusaha demi ilmu yang dicari. Nak menuntut ilmu ni bukannya senang. tak macam sekarang. Petik kat hujung jari je pun dah boleh dapat. Tinggal lagi kesungguhan kita je. Betul lah kata pepatah. Nak seribu daya.. Tak nak seribu dalih. Semua pilihan ada pada kita. Betul tak.

Hurmm.  Tapi sekarang ni kira dah mudah sikit. Tak sepayah dulu. Sebab tak payah lagi dah nak dayung sampan bagai. Sekarang bot pun dah pakai enjin. Huuuu~


p/s: Ada sesape teringin nak naik bot gak ke?? Lalala~

12 Pengomen Setia:

siti kektus said... [Reply to comment]

jauh ke cp dari uma ke sekolah dulu? brape lama baru sampai. teruja pulak dengar cerita orang p sekolah naik bot ni.

mas saari said... [Reply to comment]

betul tu! jangan jadikan kesusahan itu sebagai penghalang..

bokbonputeh said... [Reply to comment]

Hahahahahahahaha tapi pulau cik pulau best apa boleh snap pic. Mr Bokbon paham dengan kronologi cter cik pulau...Kita di zon yang sama!!!huhuhuhuhuhu

bokbonputeh said... [Reply to comment]

Hahahahahahahaha tapi pulau cik pulau best apa boleh snap pic. Mr Bokbon paham dengan kronologi cter cik pulau...Kita di zon yang sama!!!huhuhuhuhuhu

bokbonputeh said... [Reply to comment]

Hhahahahhahahaha best apa duk kat pulau...dah lah pulau Cik Pulau lawa untuk snap pic

azam said... [Reply to comment]

seronok naik bot...g mancing la apa lagi...

hahahaha

nora rashid said... [Reply to comment]

lamo doh x g mundok...ore kato huje lebat..air naik...doh la kawe ni x reti bereney...huuu

JIJI YU said... [Reply to comment]

aku po ajim dgr jah cito ni..ahaha

ahsfantasy24 said... [Reply to comment]

Cik pulau,
berakit-rakit dahulu,
berenang-renang ke tepian.

Semua yang berlaku ada hikmahnya :)

Latest Post:
1. Menarik tentang PMR 2011. Menarik?
2. Memang sudah ditakdirkan untuk sementara.

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

ai tringn nk g umh yu

H.J said... [Reply to comment]

hehe..terbaik la cik pulau..pasni naik feri plak..

Amirah Adnan said... [Reply to comment]

pengalaman tuh yg jd kekuatan..:)

bestnyeee naik bot!

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget