Friday, November 18, 2011

Pengalaman Ambil Result Exam !!!

Pertama sekali. Nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang ambil UPSR yang dapat 5A.. Kepada yang tak dapat cemerlang tu, jangan risau. Mungkin usaha kurang lagi. Tambahkan lagi usaha masa PMR nanti. Apa yang kita dapat tu sepatutnya berbaloi dengan apa yang kita dah usahakan.

cik pulau nak share sikit pengalaman cik pulau sepanjang amek hidup 23 tahun ni. Eceeee.... Macam hape je kan.


Hari keluar result UPSR.
Semua pun duk gemuruh. Mana taknya, first time exam besar dalam hidup kan. Tunggu cikgu balik punya la lambat. Sampaikan kitorang ni gi tunggu kat pintu pagar. Punyalah tak sabar kan. Cikgu balik je, cikgu dah senyum-senyum. Terus ramai-ramai polow cikgu masuk opis.. Tunggu kat luar pintu. Then cikgu gitau result masing-masing. Alhamdulillah..

Hari keluar result PMR
Memang dah tak tenang pagi tu. Buat keje semua pun tak kena. Dalam kul 10 pagi camtu kot. Telefon umah berbunyi, cikgu  merangkap sedara cik pulau yang baru lepas gi amek result kat JPN call gitau kat maa result cik pulau sekian-sekian. cik pulau time tu? Rasa menggeletar je kaki. Then bila maa cakap result sekian sekian. Alhamdulillah.. Lega.. Then, baru gi sekolah. Sampai je pintu pagar sekolah, semua duk cakap tahniah tahniah.. Senyum jelah. Sebab dah tahu result dapat berapa kan.

Hari keluar result SPM.
Kalau tak silap, cuti PLKN sebab nak gi amek result. Pakat dengan member gi Muadzam Shah sesama dengan bas. Bila sampai kat dewan tu. Semua duk beratur ikut kelas masing-masing. Ingat lagi masa tu cikgu BI yang jaga meja tu. Sampai je turn.. Miss Siti cakap.. " Azlini.. congartulation.. you got english A1." cik pulau time tu?? senyum taktau nak cakap apa.. Tengok je result.. Terkedu. Thank you teacher. Then call maa kat umah.

Hari keluar result Matrikulasi.
Setiap kali keluar result. Tampal dekat notice board. Semua duk berebut-rebut .. Tolak sana tolak sini.. Ohhh itu biasa. Dapat je tengok. Pastu blah la.. Alhamdulillah.. 

Hari keluar result UKM.
Ehmm.. Ni dah canggih dah.. tak payah nak beratur lagi.. Tak payah nak berebut-rebut tengok result kat board.. Duduk je tenang-tenang depan laptop. Bukak smpweb, pastu tengok la result.. Sorang-sorang. Tapi sebelum tengok tu memang kena tarik nafas dalam-dalam. Pastu bukak mata sikit je. Bila dah tengok sikit tu, barulah tengok betul-betul.. Kadang-kadang.. Alhamdulillah.. Kadang-kadang.. MasyaAllah.. ehhmm.. Macam--macam..

Sekarang ni dah tak payah nak pikir pasal result. Cuma mungkin akan tengok keputusan inteview atau posting tak lama lagi. Hopefully semuanya baik-baik belaka. Huhuhuh..


p/s: perasan tak ?? Pulau ini berwajah baru.. Hehehe...

8 Pengomen Setia:

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

Ttp purple

ai mkn lme mkn mls tau result hahaha

Ardini Humaira said... [Reply to comment]

result spm dni tahu dua hari sebelum tu.. hehe so hari amb result tak excited :D


p/s: emel alamat ke amni_shiro@yahoo.com! nak hanta kad :)

sergeant keroro said... [Reply to comment]

cik pulau ke cik purple ni?? :P

p/s : sekarang tunggu result online jek XD

Addin said... [Reply to comment]

hehe sekarang nak tengok result pun dah mudah .

Niena Pengembara Ilahi said... [Reply to comment]

msa skolah dlu nangis nk amik result upsr je pastu dah xnangis dah....

emy|farid said... [Reply to comment]

tak suka dpt result. tak suka. haha

apik pehe said... [Reply to comment]

hehehe..semuanyer ader kenangan

sarah mohamad said... [Reply to comment]

Dunia semakin canggih. Sekarang cuma petik jari jek kan. Hehehehe yang lama tu semua nya menjadi kenangan semalam. hehehehe

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget