Monday, May 16, 2011

TERIMA KASIH CIKGU!!!!

bulan MEI ni kalau nak ikutkan memang banyak sangat dengan hari -hari yang besar macam hari ibu, hari pekerja, hari jururawat, hari belia dan hari ni.. tanggal 16 MEI.. satu lagi hari yang boleh dikatakan cukup bermakna bagi seorang pendidik. kerana hari ini adalah hari mereka. rasanya masih belum terlambat untuk cik pulau ucap selamat hari guru kepada seluruh warga pendidik di seluruh negara.



sebenarnya, cik pulau juga merupakan bakal guru yang berkemungkinan akan mula posting pada hujung tahun ni if ada rezeki. insyaAllah.. cik pulau sendiri tertanya-tanya, adakah cik pulau bersedia untuk menyahut cabaran sebagai seorang pendidik pada zaman ini. zaman millineum.. semuanya dah berubah. dah tak sama lagi dengan zaman cik pulau dulu. budak-budak sekarang cukup berbeza. cik pulau tertanya-tanya, mampukah cik pulau???

tugas seorang guru ni cukup mulia kan.. kita akan sentiasa ingat cikgu kita. contohnya, bila cikgu kita dah takde suatu hari nanti, title cikgu tu tetap kekal di bibir-bibir kita sebagai anak murid. Dari mana kita kenal ABC.. kalau bukan dari insan yang bergelar guru.. dari mana kita kenalnya 123 kalau bukan dari insan yang bergelar teacher.. dari mana kenalnya kita akan alif ba ta kalau bukan dari insan yang bergelar ustaz/ustazah. kerana merekalah, wujudnya insan-insan yang berjaya seperti sekarang ni..


"Kalau hari  ini seorang Perdana menteri  memerintah negara, seorang peguam menang bicara, seorang doktor menyelamatkan nyawa, seorang arkitek bijak merencana, namun...  semuanya bermula daripada usaha seorang guru yang biasa.”



sebagai seorang insan yang akan bergelar guru tak lama lagi.. dan juga sebagai anak murid kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar cik pulau sejak dari umur 6 tahun, cik pulau sangat bersyukur. kerana mereka sanggup mendidik cik pulau sehingga menadi seperti hari ini. mungkin seorang guru tak mahu pun jasanya dibalas dengan wang ringgit, namun hati mereka cukup gembira melihat kejayaan anak didiknya. betul tak cikgu-cikgu sekalian?

cikgu, hari ini.. cik pulau ingin sekali mengucapkan kepada dunia... betapa cik pulau berterima kasih kepada cikgu kerana telah mengajar cik pulau sehingga menjadi seperti sekarang. TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!

Buat semua guru-guru di Malaysia sama ada yang tengah berkhidmat, telah pencen dan bakal guru *macam cik pulau ni.. hehehe...* terutamanya cikgu-cikgu yang telah mengajar cik pulau dari ..

Pasti Al-HAQ ( 6 tahun)
Sek. Keb. Che Latiff ( darjah 1-6)
Sek. Men. Keb. Kedai Buloh ( Tingkatan 1-3)
MRSM Muadzam Shah ( Tingkatan 4-5)
Kolej Mara Kulim (2006/2007)
Universiti Kebangsaan Malaysia (2007-2011)

lepas ni.. cik pulau akan sambung tugas cikgu-cikgu semua untuk mendidik anak bangsa. semoga.. cikgu semua yang telah banyak mengajar cik pulau erti kehidupan, walau di  mana cikgu semua berada, cik pulau doakan agar cikgu sentiasa dirahmati ALLAH sentiasa. doakan yang terbaik buat diriku ini.


salam sayang:

6 Pengomen Setia:

NadiRah said... [Reply to comment]

selamat hari guru cikgu azlini!!! ^^

Chegu Zubir said... [Reply to comment]

selamat hari guru....hehhehee

.m y z. said... [Reply to comment]

wah teacher-to-be!

walaupun insan yang bergelar cikgu dah takde kat dunia ni, title cikgu tetap kekal dalam diri seseorang guru.

HAPPY TEACHER'S DAY!! :D

harrazdani said... [Reply to comment]

jasa guru tidak terbalas....

BRO_MONDAY said... [Reply to comment]

miss pulau : samat ari guru ('',)

aima said... [Reply to comment]

samat hari guru cikgu cik pulau...amik pic TK tu ya...

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget