Saturday, May 21, 2011

Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus...

pernah dengar tak pepatah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.. apa maksudnya?? alahh.. senang je ni.. soalan budak sekolah rendah... maksudnya dalam bahasa mudahnya, nak suruh orang berjalan lurus sedangkan diri sendiri pun berjalan senget-senget macam orang mabuk... tu kalau bahasa mudah la..tapi, kalau ikut kamusnya, seseorang yang mengajar orang malakukan perkara yang betul tetapi diri sendiri melakukan perkara yang salah.. camtu lah gamaknya...



pernah jumpa tak orang macam ni?? selalu sangat kan.. kadang-kadang tu sekeliling kita je.. macam ni lah manusia kan. contoh la cik pulau bagi kan. kita nak mintak orang jangan buang sampah merata tempat.. tapi kita sendiri duk buang.. tak boleh la macam tu.. nanti orang duk kata.."elehh.... nak larang aku.. yang dia sendiri duk buat takpe pulak..macam la bagussss sangat.."

lagi contoh cik pulau bagi.. kita duk nasihat kat orang... tak elok lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim naek motor sesama.. duk pegang-pegang tangan.. tak tutup aurat.. tapi kita.. duk tayang body.. duk pegang-pegang tangan.. bawak awek ke hulur hilir.. apa. korang ingat ada orang akan dengar kita punya nasihat ke?? takde kan??

so.. kita ni kalau nak nasihat orang.. biarlah dengan cara berhemah.. barulah orang pun pandang hormat pada kita. barulah orang akan dengar nasihat kita ni. jangan kita jadi seperti ketam.. bukan setakat nasihat kita ni tak diendah.. malahan kita juga turut dicaci... kita taknak la camtu kan.. kita tegur untuk dapatkan kebaikan.. tapi kalau at last dapat dosa dengan hasil duk mengutuk sesama sendiri,, rasanya baik la tak payah kot.. ataupun.. kalau dah kepingin sangat nak tegur tu, why not kita ubah diri kita dulu.. make sure kita tu berjalan ke depan, bukan senget macam ketam tu.. lalala~

tak salah kalau nak menegur.. malahan.. tegur-menegur memang dituntut dalam Islam malah ada menggariskan panduan untuk menegur dengan menggunakan 3 cara. Pertama secara lisan, kedua dengan tangan atau kuasa.. dan ketiga dengan menggunakan hati... so.. jadilah seorang yang berhemah dalam menegur..^^,


salam sayang:

4 Pengomen Setia:

Tinta Emas said... [Reply to comment]

setuju dgn entry ini..

lihat diri kita sendiri barulah kita boleh menasihati orang lain..

nak nasihat pun kenalah menggunakan pendekatan yang berhemah...

miss.Addin said... [Reply to comment]

salah satu sbb takut nk tegur , nnt kena sembur balik. mcmm tunjuk pandai pulk. HUHU

mi Senorita said... [Reply to comment]

nak mntk permission nk share bole?

mi Senorita said... [Reply to comment]

nk mntk permission nk share kt fb ye..

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget