Tuesday, March 8, 2011

Kenapa cik pulau??? curiuos giler!!!!

korang curiuos tak kenapa cik pulau guna nama cik pulau dan bukan cik melati ke cik kembung ke cik kelapa ke???? haaa.. jawab jawab.. ke tak heran pun.. aku tak pernah kesah pun ko nama hape.. macam lah blog tu bagus sangat kan.. errr.. ada yang pikir camtu ke?? aduss... keciknya hati cik pulau yang dah sememangnya kecik ni..

tapi takpe lah.. tak kesah pada kamu dan kamu dan kamu-kamu yang tak pernah heran kat blog cik pulau ni.. sebab cik pulau nak menjawab jugak pertanyaan rakan-rakan bloggers yang duk tanya and curious giler dengan nama cik pulau macam uncle usop's son ni..

okey.. cik pulau.... sebab cik pulau gunakan cik pulau sebab musabab yang memang dah termaktub dalam peta dunia adalah cik pulau duduk di pulau.. pulau langkawi kah??? pulau perhentian kah??? pulau pangkor kah??? ohh tidakk sama sekali.. tu sume tempat yang femes.. pulau cik pulau ni biasa je.. kalau dalam peta malaysia pun dia sebesar satu titik je.. pulau cik pulau ni letaknya di kelantan.. okey... kepada blogger kelate.. jange wat muko pelik.. kelate meme ado pulau.. lalala~



yang kat belakang kaler biru tu adalah jeti ke rumah cik pulau.. singgah je situ, terus nampak rumah cik pulau... yang bot yang cerah tu adalah bot mercedes family cik pulau..(thanks to model tak berbayar..lalala~)

yang ni pulau sekitar pulau tu...

yang ni pulak menghala ke pantai kuda.. sebelah je pantai kuda tu adalah laut china selatan..(thanks to model tak berbayar lagi)

yang ni pulak belakang pulau tu.. kat sini pun boleh singgah and terus ke ke rumah cik pulau...


gamba ni diambil masa cik pulau and my dad tengah syok menangkap ikan yang melompat masuk dalam bot.. cik pulau tau korang tak pernah mengalaminya kan.. pengalaman indah ini dikongsi bersama dengan Predictor...


disebabkan cik pulau ni agak special dari yang lain.. (poyo semata-mata).. cik pulau special sebab masa sekolah menengah dulu, cik pulau the only person yang duk kat pulau.. bila dah macam tu, member2 lelaki cik pulau ni suka panggil cik pulau dengan "Pulau".. dulu-dulu of coz terasa hati jugak la ngan diorang..pernah gaduh gak la pasal hal ni.. tapi lepas-lepas tu dah lali dah.. dah tak heran pun.. bila cik pulau pikir-pikir balik, why not kalau cik pulau gunakan jer gelaran tu.. supposenya kredit to my classmate la kan.. hehehe..

and cik pulau sebenarnya bangga jadi orang pulau ni.. kalau nak gi memane pun, kena naek bot.. macam pengangkutan wajib la.. setiap pagi, nak g sekolah, cik pulau naik bot.. maybe cik pulau akan ceritakan lain kali macam mana nak ke sekolah naik bot di kala musim hujan.. agak mencabar okey.. bukan senang nak menuntut ilmu ni..

okey.. pulau cik pulau ni bertentangan dengan LKIM kuala besar... kat mana kuala besar?? jiran kedai buloh.. kat mana kedai buloh??? jiran PCB.. kat mana PCB.. jawabnya di Kota Bharu.. jadi kesimpulannya pulau itu memang wujud.. kalau sape2 yang nak datang.. boleh la contact cik pulau yer.. mane lah tau ada sape-sape nak buat gathering kat pulau cik pulau ke.. kan kan kan??? opss.. pulau cik pulau tu namanya pulau haji mat.. sape haji mat??? he is my late grandpa.. tapi dalam peta pulau tu nama pulau dollah.. arwah moyang cik pulau.. kesimpulannya...berapa banyak kesimpulan daaa~~~ conclusionnya.. perintis pulau tu adalah arwah moyang cik pulau...


salam sayang:

20 Pengomen Setia:

mizzkechique said... [Reply to comment]

woooo...buleh buat buku nih!!!

Tasha said... [Reply to comment]

gadis pulau.

old_trafford said... [Reply to comment]

best tu ada pulau sendiri

nur aisya humaira said... [Reply to comment]

woww,ade pulau kt klate..tk thu plak...:)
cik pulau 1 family je ke duk citu??mcam best je dgr cite..:)

Kpop Flash said... [Reply to comment]

Gadis Pulau :P


KpopFlash

Che Man said... [Reply to comment]

aku lom sampai umoh mu...

cik pulau said... [Reply to comment]

@mizzkechique
errr.. kalau ada rezeki one day..
tak mustahil tu..
akan difikirkan.. lalala~

cik pulau said... [Reply to comment]

@Tasha
yer saya... ^^,

cik pulau said... [Reply to comment]

@old_trafford
errr.. sama je pun kalau bukan pulau sendiri. lalala~

cik pulau said... [Reply to comment]

@nur aisya humaira
haaa... dat's why cik pulau kata jgan wat muka pelik..
ada 8 family duk situ..
fmily cik pulau and pakcik cik pulau 2 fmly la..
and lagi 6 tu sedara bau2 belacan.. hehehe.. ^^,

cik pulau said... [Reply to comment]

@Kpop Flash
yer saya.. ^^,

cik pulau said... [Reply to comment]

@Che Man
aku tunggu mu mari.. maybe bln 6 ni man.. okey dop???
cik pulau tunggu tow.. lalalal~ ^^,

Citarasa Rinduan said... [Reply to comment]

hehehhe..
teringat semalam kak komen di wall.
ada kawan yag gelak2 sebab kak tiak kamu cik pulau..

langkawi..best tau..
nak ke sana isyallah..satu ari

cik pulau bawa jalan2 eik

cik pulau said... [Reply to comment]

@Citarasa Rinduan
tu la pasal.. dia pelik agaknya nape cik pulau...sebab diorang ni tak tau pun kewujudan blog cik pulau..

kalau akak datang kelantan..
insyaAllah cik pulau bwk akak satu family keliling pulau cik pulau yer....

teringin gak nak g langkawi.. lalala~

Miss Star said... [Reply to comment]

ahaha...pe kata buat peraduan n adiahnya jalan2 kat sekitar pulau umh mu.hikhik....
p/s: rasa nak berjoget atas bot la :P

cik pulau said... [Reply to comment]

@Miss Star
hahaha..menarik2...
sapo menang berjoget atas bot..

ditujukan khas buat fadila if dia baca entri ni.. lalala~ ^^,

Azila Smile said... [Reply to comment]

wowww sgt menarek :D

http://wedecidewhatwewant.blogspot.com/

b a m b a m ' s said... [Reply to comment]

power tuh!org lain mana ada nampak tanah sendiri kat peta dik non!!! pulau kamu sah2 kuar peta kan!hehehehhe.. :P

aDisH.sHidA said... [Reply to comment]

woooow best nyer...bila nak ajak akak pegi nie

bokbonputeh said... [Reply to comment]

Besttt nyer duk pulau...Mr Bokbon pernah sampai sana sekali 2 pun melawat clasmate yang sekampung dengan cik pulau...wowwww syokkk

Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget