Saturday, May 18, 2013

Fanatik Jentolak

Fanatik terhadap something.. Setiap orang pun ada something yang dia suka sangat-sangat kan..Macam fanatik habess laa... Contohnya fanatik giler kat spongebob sampaikan semua benda nak kena ada spongebob.. Tak kesah la pebenda pun.. Janji mesti ada spongebob..

Atau mungkin fanatik giler ngan warna purple.. Macam tuan punya pulau ni... Hahaha,.. sampaikan sume benda kalau boleh nak kaler purple.. Kalau tak dapat, nak jugak usaha sampai dapat.. Terok benorr.. Tapi hari ni bukan nak citer pasal fanatik kaler purple ke hape.. Tapi fanatik jentolak.. Enko ade???

Alkisahhnyaa.. Anak buah cik pulau yang sangat hensem ni. Hensemnya memang kalah lah orang lain..Selain daripada hensem.. Anak buah cik pulau ni jugakk comel.. Ahakk.. Dan dia ni sangat fanatik dengan jentolak.. pantang jumpa okey.. Yang mengantuk pun boleh jadi segar kalau sebut ada jentolak.. hahaha.. Tak caya??? ni buktinya betapa fanatik nya budak comel ni sorang..

Manyaknyaaaaa....

  Alololo.. Tomeyynyaa diee..

 Aku ader.. Enko ade??? hihihihi


Nama anak buah cik pulau ni?? Haa.. Namanya Muhammad Rifqi.. Baru 2 tahun lebih ni.. Ingat nak beli jentolak boleh sebakul wat balik kat budak ni.. Kasi dia main sampai muntahh.. Hahaha... Next week dah balik kampung.. Ohh yeahhh... 

korang lak fanatik apa??? jom sharee... Mane lah tau kita minat benda yang sama.. Heee~


Tuesday, May 14, 2013

After 13 years... We Meet Again

Ada member tanya cik pulau.. Taknak hupdate pasal reunion aritu ke? haaa..Senornya memang nak hupdate sesangat.. Tapi almaklumlah.. asyik tak menyempat kan.. So malam ni cuba lah jugak menyempatkan diri sebelum menghadap paper exam untuk ditanda kan..Yang  form3 dah settle.. Tinggal lagi yang form4 dua kelas. Hehehe..

Reunion ni dengan member-member sekolah rendah dulu.. Kalau dihitungkan... Dah 13 tahun meninggalkan sekolah rendah.. haihh. Dah tua rupanya cik pulau ni kan.. Ahakss.. Mostly..Ada yang cik pulau pernah jumpa selepas 3 tahun tu.. dan ada je yang memang tiap-tiap tahun jumpa kan..TAPI.. ada sorang ni memang tak pernah jumpa pun sejak tahun 2001... 

Waktu dalam kete.. Memang sangat kelakar okeyy.. Memang tak tahan gelak waktu tu.. Yang sorang lagi ni tegur dia la kan apsal nampak cuak semacam je.. Rupanya dia nervous sebab dah 13 tahun tak jumpa kawan-kawan yang lain. So taktau apa reaksi diorang. Taktau nak mula dari mana, taktau nak cakap apa.. Sampaikan, dia boleh pegang tisu sampai basah tisu tu.. Hadoii.. Lawak giler waktu tu.. Dan nak cakap, dia ni sebenarnya lelaki okey.. Sampai-sampai je kat tempat tu, terus dia gi toilet.. Wahhh.. Kalah dak pompuan okey..Hahaha... :P

Mula-mula tu nampak macam segan-segan..malu-malu.. Tapi lepas tu.. Hampehh.. Masing-masing dah tak hengat ape.. Buat tempat tu macam tempat sendiri. Bising tahap tak hengat. Maklumlah.. Banyak sangat story mory nak share memasing kan.. Sampaikan habes orang sekeliling asyik pandang pelik je kat meja kitorang. Sabor jelahh.. 



Papepun.. Best sangat.. tak kesah la orang nak kata kita bising ke.. kita selekeh ke.. Yang penting kita semua sangat enjoy... Kan??? Tak sabar nak kumpul dengan member2 yang lain lagi yang pastinya lebih ramai dan lebih meriah.. Mungkin lepas ni dengan cikgu-cikgu sekali kita jumpa.. Pasti havoc sangat waktu tu. Yelahh.. dulu zaman budak-budak hingusan.. Sekarang semua dah berkerjaya.. Alhamdulillah.. berkat ajaran cikgu-cikgu semua, kita berjaya... Tanpa mereka. siapalah kita..Setuju???

Dalam gambar ni, ada 3 yang akan menamatkan zaman bujang.. Tahniah uols... Yang lain pun, nak kawen jangan lupa jemput.. Lalala~ dan..... jeng..jeng.. jeng.. Gamba yang cik pulau sendiri tak sanggup nak tempek kat sini.. tapi.. takpela. redhaa jee. haha..


Oh please!! Gambar ni memang nostalgia habesss... Darjah 4 kalau tak silap.. Baru abes kelas fardhu ain.. Tak payah la nak carik mana satu cik pulau.. kang ada yang pengsan pulakk.. Hahaha... 

p/s: lepas ni keep in touch kay... Semoga persahabatan kita ni remain abadan abadaa... 
p/s: This is starting point.. Nanti insyaAllah akan ada lagi next  reunion ehh... heee~


Sunday, May 12, 2013

Bersalahnya Rasa.

Bersalahnya rasa.. Seyess.. Bila first time bukak komen kat blog ni.. Ya.. cik pulau akui.. Yang mana komennya macam ni..


Memang cik pulau jarang sangat update blog sekarang ni... Tak macam dulu.. Hari-hari mesti update.. Rasa macam kalau tak bukak blog tu rasa lain macam.. Tapi sekarang.. Kadang-kadang sebulan tu.. ada la sekali dua je yang update.. Taktau nape.. Nak kata busy.. memang busy.. Tapi sebenarnya tu bukan alasan kot.. Sebab ada ramai lagi orang yang lagiii busy, tapi still boleh update blog.

Contoh yang terdekat Chekgu Azrine ni.. Sebuk dengan mengajar lagi.. Sebuk nak uruskan keluarga lagi. Sebuk dengan belajar lagi. Tapi still boleh update blog macam biasa.. Tapi kenapa.. cik pulau yang nyata belum berkeluarga tapi gunakan alasan sibuk tu untuk tidak update blog.. Rasa macam kelakar dan sangat tak patut kan..

Mungkin alasan sebenarnya adalah kemalasan melanda.. Itu yang paling utama kot.. Huhuhu.. InsyaAllah.. Lepas ni akan cuba kembali seperti biasa. Rajin update blog.. Dan cuba untuk BW. Terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah di pulau chenta hati ni dan masih lagi rindukan telatah cik pulau di dunia maya ni.. Thank you so much. 


Related Posts with Thumbnails

KAKI GOSIP PULAU

Get this widget